Friday, February 4, 2011

Kerja di Bank Konvensional, Haram atau Tidak?


Tadi tonton AL-Kuliyyah tentang Perbankan Islam yang disampaikan oleh Ustz Zaharuddin. Memang suka baca karya dia sebab banyak jelaskan tentang perbankan dan perniagaan terkini.

Kerja di bank yang menawarkan riba boleh ke? Boleh baca ulasan beliau secara panjang lebar di sini. Tetapi saya nak ringkaskan je. Kalau diikutkan hadith sahih bahawa Rasullah melaknat riba, mereka yang mengambilnya, penulis kontraknya dan yang menjadi saksi. Tetapi, para ulama' telah mengeluarkan rukhsah memandangkan keadaan sekarang perbankan konvensional lebih banyak dari perbankan Islam.

Jadi para ulama' seperti Dr Yusuf Qardhawi bahagikan perkerja direct dan indirect. Direct ni macam terang-terangan terlibat dengan riba seperti Sales Executive yang mempromosikan pinjaman secara riba. Pekerjaan itu dikira haram dan hasil gaji itu juga haram. Jika indirect seperti jurutera sistem, tukang sapu, audit dan sebagainya dibolehkan untuk memperoleh pengalaman.

Secara umunya, bekerja di bank tidak dilarang kecuali sebahagian kecil kerja yang terlibat dengan riba.

p/s: Konsumer perbankan islam yang bukan muslim lebih ramai dari muslim. Kenapa?

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...