Monday, February 7, 2011

Cincin Pakai Jari ini Tak Boleh?

Pernah dengar tak orang cakap cincin kena pakai jari manis dan kelingking je. Bagi yang kurus macam saya, terkebil-kebil sebab cincin muat jari tengah. Ops. Jangan sesekali suruh saya gemuk semata-mata bagi muat cincin ye.

Tadi baru tengok rancangan Tanyalah Ustaz di TV9, Ustaz Mohd Sukki Othman ni kata boleh pakai mana-mana jari. Diulang, boleh pakai mana-mana jari. Cuma jangan ada kepercayaan yang melampau seperti pakai jari ni akan murah rezeki atau percaya pakai cincin berbatu seperti jed ke topaz ke berlian ke, akan menyebabkan pemakainya murah rezeki. Jadi, kepada mahasiswa, jangan mudah percaya kepada penjual yang cakap, "Ha, adik pakai cincin berlian 1.5 karat ini, adik akan dapat 4 flat semester ni".
Ambil kau! Cincin 4 jari, beb.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...