Tuesday, February 1, 2011

Blog Yang Kurang Dikunjungi

Saya suka tulis post di blog jika ada masa. Juga suka tengok-tengok blog orang lain. Walaupun blog saya ni tak glamor pun, dan tak bes mana tapi saja nak komen blog saya kurang suka.

1) Layout pening. Entah tak tersusun serabut seh tengok.

2) Warna font tak sesuai. Kadang-kadang berpinau mata nak tengok. Sampai terhendap-hendap kat laptop. Nak dera pembaca ke? Tapi tak tahu la kalau tuan blog tak pandai nak ejas warna font seperti saya. Dulu boleh ejas. Sekarang, kalau edit tu punya la lawa. Bila publish, hampeh habis hilang warna.

3) Gambar terlebih border. Habis terensot atau tertutp tulisan. Saya sebagai pembaca punya la sibuk nak kena meneka sambungan perkataan yang tertutup oleh gambar tu.

4) Gambar kecil-kecil kat hujung bawah blog. Ada sesetengah blog letak gambar comel-comel kat hujung bawah blog. Bila tengok guna laptop tak ada masalah. Tapi bila handphone, gambar tu akan tutup tulisan pada blog. Handphone saya hp orang kebanyakkan je. Jadi blog yang macam tu saya tak visit bila guna handphone.

5) Font migrain. Ni penulis dia terlebih aktif guna keyboard. Suka sangat guna tekan shift. Muncullah seperti ini - 'eSoK saYa NaK pErgI sUnwAY

6) Masalah perkataan. Kadang-kadang blog yang suka inovasi perkataan tak bertempat sampai naik pening nak teka apa perkataan itu sebenarnya. 'Nak' jadi 'nux'. Speech therapy perhaps?

7) Lagu tak boleh off. Kadang-kadang baru sudah tengok movie. Bila buka blog dia, dushhh. Pekak telinga tak sempat nak off speaker. Saya tak suka dengar lagu sambil membaca. Jadi kalau lagu tu kita boleh pause, lagi menyenangkan. Tak payah nak ejas volume komputer. Komputer saya komputer orang kebanyakkan je. Kadang-kadang sakit.

8) ?

Dah. Dah. Cukup la tu mengutuk. Aish. Tak, hanya komen menurut pengalaman dan persepsi sendiri. Walaupun saya kurang bertandang ke blog-blog jenis ini, ramai lagi yang sudi datang blog mereka. Macam orang tak hairan la setakat seorang macam saya tak datang, petik jari 10 datang! Tapi ada juga blog yang ada kriteria satu dua di atas tapi saya masih lawat sebab menarik. Kira berbaloi la. Walaupun tadi mengutuk, saya tahu blog saya ni pun tak hebat (mod sedar diri).


Jadi siapa nak kutuk blog saya, nak komen kelemahan blog saya, saya silakan. (bukan perli ni). Kali ni Writing to Share nak cermin diri sendiri. Cepat kutuk, bukan senang nak dapat peluang kutuk. Nak komen tuan blog yang malas nak upload gambar diri sendiri ni pun boleh juga.


5 comments:

Ayuni said...

blog nie dh ok dh, simple n clean...siap menang hadiah lg....

Nadhirah Ahmad said...

Kyuni: thank u. mng tu nsb bek je tu

kay_are said...

blog ni ok je.. x kesah cane pun, kalau cte nye best, mesti bace nye =)

Mohammad Lokman Hakim said...

minta tuan empunya blog Writing to share komeng blog sy buleh....

kalimatulhassan.blogspot.com

Nadhirah Ahmad said...

Lokman: sy dh tggl komen kat blog awak

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...