Wednesday, February 23, 2011

Beza Ular Tongkat Nabi Musa dan Ular Tongkat Ahli Sihir

Mukjizat ialah perkara yang luar biasa dianugerahkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul dengan tujuan tertentu. Mukjizat terbahagi kepada 3 bentuk iaitu:

1) Perkataan: Mukjizat Al-Quran kepada nabi Muhammad s.a.w
2) Perbuatan: Tongkat nabi Musa a.s menjadi ular
3) Perlindungan: Api tidak membakar nabi Ibrahim a.s ketika dicampakkan ke dalamnya.

Mukjizat ini berbeza dengan sihir kerana sihir ini boleh dipelajari, tetapi mukjizat sememangnya datang dari Allah dan tak dipelajari. Mukjizat juga dikurniakan sesuai dengan zaman nabi itu. Contoh yang senang kita boleh lihat ialah mukjizat yang diberikan kepada nabi Musa a.s.

Pada zaman nabi Musa a.s, mereka yang tidak beriman menuduh nabi Musa seorang ahli sihir yang handal. Suatu ketika, nabi Musa mencampakkan tongkatnya dan ia bertukar menjadi ular. Ahli-ahli sihir lain menukarkan tongkat mereka menjadi ular juga. Nampak sama iaitu tongkat kepada ular. Sebenarnya, tidak sama sekali! Ular dari tongkat ahli sihir sebenarnya tak bertukar pada ular pun. Cuma manusia yang nampak ia berbentuk ular. Itulah tandanya ia sihir (menipu mata manusia). Tongkat nabi Musa pula sememangnya bertukar dari tongkat ular secara realistiknya. Ular dari tongkat nabi Musa terus menelan ular-ular ahli sihir lain. Dan ahli-ahli sihir tadi terus beriman dengan agama yang disampaikan nabi Musa kerana mereka tahu itu bukannya sihir , tetapi sesuatu yang luar biasa (mukjizat).

Sebab tulah orang pakai susuk ke apa ke, manusia nampak mereka cantik dan menarik, tetapi sebenarnya tak secantik itu. Ini kerana ia adalah sihir.


2 comments:

kay_are said...

entri yang memberi kesedaran.. memang pernah gak dengar cte pasal nabi musa ni dulu.. tapi dapat kaitkan ngan susuk, tu bende baru.. huu

Nadhirah Ahmad said...

tq. sy pun dulu xtahu. dpt tahu tgk kt tv hari tu

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...