Friday, January 21, 2011

Sayangilah Anjing Dia

Kelmarin terserempak dengan kejadian kucing dipenyek kakinya oleh sebuah four wheel drive. Kucing tu sampai terkencing terberak sebab terlalu sakit kot. Lepas tu ada seekor lagi kucing Garfield macam dalam gambar tu, yang jenguk kawan dia sakit. Mesti dalam hati Garfield, "Bakpe kawan aku gitu tuh?". Kesian kot tengok kucing tu macam tu. Jari kelingking aku pernah dipijak oleh orang lelaki berjisim 60kg pun dah rasa sakit. Apetah lagi kenderaan yang berjisim entah berapa tak tahu sebab tak pernah buat eksperimen timbang kereta ke beca ke.


Macam kemalangan di jalan raya, yang tengok pasti lah ramai. Buat-buat caring ala gaya ambil berat. Tapi hakikatnya, tak ada seorang pun hantar mangsa ke hospital. Sama lah seperti kes kucing ini. Orang tengok (termasuk diri sendiri) dan usap je . Further treatment tak dapat sebab entah pelusuk mana hospital haiwan di Kuala Terengganu ni.

Kalau kucing, ramai yang kesian. Tapi kalau anjing atau khinzir yang dilanggar. Jarang orang yang kesian pada dua binatang ni. Kenapa nak skeptikal kat dua binatang ni. Bukan salah diaorang nak jadi najis Mughallazah. Anjing dan khinzir ada juga perasaan. Terasa hati kot bila ada sesetengah orang tak sanggup sebut nama mereka. Apa salahnya guna perkataan 'khinzir atau pig' daripada asyik sebut 'benda tu'.

Teringat masa tingkatan berapa entah. Ada jiran cakap yang 'benda tu' masuk dalam pagar rumah aku. Balik rumah, aku cerita kat mak aku yang jiran aku nampak ular masuk pagar rumah. Mak aku pun telefon la dia. Rupanya cik Piggy rupanya, mati-mati aku ingat ular. Kan dah tersalah faham tu.

Tapi sebenarnya Allah haramkan khinzir untuk uji keimanan kita dan supaya kita dapat beza yang mana haram yang mana halal. Lagipun, kita tengok perangai khinzir sendiri seperti makan benda kotor, sanggup gaduh dengan jantan lain untuk mengawan, malas ~as lazy as a pig~ dan banyak lagi sifat negatif. Sifat-sifat khinzir itu juga patut kita jauhkan.

Anjing dan khinzir ni memainkan peranan masing-masing dalam ekosistem walaupun dalam badan ada kuman. Seperti German Shepherd banyak tau berjasa pada polis Malaysia. Takkan kita nak jadi kacang lupakan kulit atau habis madu sepah dibuang. Erk. Sesuai ke pepatah ini. Tak kisah lah. Janji mesej sampai supaya kita ada la rasa sayang anjing. Sayang tu tak semestinya ambil anjing tu cium, peluk dia macam cerita Bolt. Salah satu bentuk sayang boleh dipetik dari cerita zaman dahulu ada seorang manusia ni tolong cedok dan bagi air pada anjing yang dahaga.

Tersenyum teringat di Glasgow, selepas sekolah, pergi klinik gigi. Belum sempat masuk pintu ke klinik, muncul anjing Labrador seperti dalam gambar itu cuma tak secomel dan sekecil itu. Entah dari mana sesat, tetiba ia berlari. Terkejut punya pasal, respond aku dan kawan ku-Ameerah adalah berlari sampai la ke sesuatu dinding. 'Woof,woof'' si Labrador hitam itu menyalak. Aku dan Ameerah jerit sepenuh hati kot panggil Dady. Dady aku cool je sebab tu itulah ia tak 'woof,woof' kat Dady. Dady cakap pergi je masuk pintu klinik tu. Kami muka cuak seh, lari masuk pintu dengan pantasnya.



Cool sahaja bila tengok anjing. Pastikan muka kita gaya tak bersalah!

1 comments:

Ayuni said...

tomeynye kucing!!!!!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...