Sunday, January 9, 2011

Saya Blogger Terengganu

Saya nak cuba join Sahabat Blogger Mengikut Negeri di blog ini yang saya ikut setelah sekian lama. Macam-macam blog yang dia perkenalkan di post-post dia. Kalau rasa kesepian, bosan ke, klik lah kunjungi blog ini dan tinjau-tinjau ber"blogwalking'.

Siapa nama saya? Teringat zaman darjah satu, selalu tulis 'apa' menggantikan 'siapa'. Cikgu besar-besar bulat merah kat buku. Aish.. Saya ialah Nadhirah Ahmad Shukri dikenali sebagai Nadhirah. Masih belajar dan belum berumahtangga.

Dunia sekarang ni, teknologi makin maju. Yang di Indonesia pun boleh berhubung dengan orang Malaysia hari-hari. Sampai gaduh2 pasal bola. Saya ada facebook iaitu dengan menggunakan nama Nadhirah Ahmad. Nak add saya, tulis je nadhirah_1989@yahoo.com atau klik.

Saya ni dah lama tinggal di Kuala Terengganu. Kawasan Gong Badak, di mana di sini terletaknya banyak kedai-kedai makan kerana penempatan agak sederhana pesat. Kalau tercampak kat sini, memang tak kelaparan dengan syarat ada duit. Ditambah lagi dengan populasi mahasiswa/i di sini iaitu Universiti Sultan Zainal Abidin (UNiSZA) dan Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Kalau musim konvo, habis semua laku homestay2 di sini.


Terengganu? Apa yang ada? Apa yang menarik? Apa yang luar biasa? Apa yang memalukan?

Jawapan tipikal:

Ada Masjid Kristal. Tapi di sini tak boleh sembahyang Jumaat. Kalau bulan Ramadhan, Imam dari Mesir akan datang mengimamkan solat terawikh.

Yang bestnya, datang Terengganu, boleh lawat seluruh dunia. Jom pergi Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man. Makkah, Syria, Palestin, Turkey semua anda boleh pergi dengan guna RM warna Merah untuk masuk Taman Monumen. Di Taman Tamadun Islam ini juga ada bangunan besar iaitu Dewan Konvensyen. Event besar-besar seperti Pertandingan Tilawah Antarabangsa , Majlis Resepsi, Majlis Makan Malam, Majlis Graduasi pernah diadakan di sini.

Jawapan ahli Geologi:

Di Terengganu, ada Hutan Simpan Pasir Raja. Masuk hutan ni, Subhanallah.. Tingginya! Pokok cengal tertua dan terbesar di Malaysia boleh disaksikan di sini. Memang layak masuk Malaysian Book of Records (MBR) sebab anggaran umur 1300 tahun, diameter 16,75m dan tinggi 65 m. Kalau pokok ni boleh bercakap, mesti dengar keluhan dia yang makin lama, dia makin susah nak bernafas. Kes lapisan ozon makin nipis punya fasal.



Tasik Kenyir. Adalah tasik buatan Malaysia yang terbesar di Asia Terengganu. Dalam 260,000 persegi, ada 340 pulau, 14 air terjun. Orang kata, ikan besar bas pun ada. Tak tahulah bas mini ke bas ekspres. Tasik ni menyumbang tenaga hidroelektrik. Bila tengok tasik ni, bagi saya yang takut air, sangatlah gerun rasanya. Pokok dan bukit pun boleh tenggelam. Andai kata pecah empangan, tenggelamlah rakyat Terengganu. Terasa manusia ini kerdil.

Air Terjun tertinggi di Malaysia di Chemerong, Terengganu. Ketinggian 305m. Picnic hujung minggu boleh layan di Air Terjun Chemerong. Air sejuk, udara segar, banyak oksigen.

Jawapan ahli Zoologi:

Di Ajil, Terengganu terletak Taman Kuang. Kuang ni species burung. Di Taman Kuang Ajil ini, boleh lah berkenalan dengan Green Peafowls yang sangat sukar dijumpai. Ada lebih kurang 30 jenis species yang susah nak jumpa di luar, tapi boleh dijumpai di sini. Juga berjaya masuk MBR kerana mempunyai koleksi kuang terbanyak.

Jawapan ahli sejarah:

Silalah ke Muzium Terengganu. Muzium terbesar di Malaysia. Ada keris, artifak-artifak lama, barang-barang istana, batu bersurat yang dalam buku Sejarah tingkatan satu boleh dilihat secara langsung di pintu masuk Muzium ini. Muzium ni berhampiran dengan Pulau Wan Man. ada tasik, ada kapal, ada sungai, ada jambatan. Macam-macam ada!





Jawapan penggemar shopping tegar:

Sila ke Pasar Kedai Payang, Arfa Batik, Atiqah Songket, Suteramas dan banyak lagi kedai-kedai yang menghasilkan batik, sutera dan songket yang simple, comel, elegant, murah, mahal, nipis, tebal, semua ada.


Banyak lagi tempat-tempat menarik. Nak tahu lagi, datanglah Terengganu. Layan Keropok Lekor sambil jalan-jalan tengok pembaik-pulihan stadium pun boleh. Jom!


7 comments:

Faaein Himura said...

singgah sini..

saya nak keropok losong.. ada tak? hehehe..

Mohammad Lokman Hakim said...

keropok lekor. air pencicah..woooo best oooo

.vna erman. said...

nice blog ;)
feel free to follow my blog
http://www.vnazone.blogspot.com

Aida Radzi said...

iii...singgah & follow..
ade mase follow sy balik..

http://aidaradzi.blogspot.com

Fathiah Jasni said...

nice2! sy pon dr terengganu gok!
nok join etek ah blogger terengganu :)

Si MaTa BulAT said...

wah best2..... sama la sy org ganu gak. :)

Jαnnαhツ said...

saya pong blogger ganung

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...