Wednesday, January 5, 2011

Result Gempak, Happykan Mak Bapak

Tadi ambil slip result semester lepas. Entah apa nasib semester ini. Ada yang gembira dan ada yang tak berpuas hati dengan keputusan. Memberi semangat baru untuk berjuang dengan lebih gigih untuk semester ini.

Ramai yang kata keputusan tak penting pun. Yang penting skills dalam diri. Kalau result 4 flat, tapi bermukim dalam bilik tak keluar2, hanya bina lemak dan guna otak sahaja tak guna juga. Dunia realiti, keputusan cemerlang hanya tiket untuk temuduga kerja.

Saya tak nafikan kobelehan membawa diri dan berkomunikasi itu penting untuk kebolehpasaran mahasiswa. Tetapi, keputusan yan cemerlang itu menggembirakan mak ayah. Sedih la kalau duit diaorang habis beli buku, beli dakwat pen Pilot. Tak cukup dengan pen, beli liquid paper Papermate sebab nak tengok hasil kerja anak ni bebas dari kecomotan dakwat2. Yuran lagi. Duit makan, minum, laundry. Mak oi.. Banyaknya telan duit. Maka, janganlah biarkan mereka rasa kecewa sebab kerja bagai nak rak, tapi anak belajar cikai2.

Ada orang yang buat kerja lain, sebagai persiapan untuk kerjaya mereka bila keluar nanti. Akademik dikeduakan. Bagus orang yang mengisi masa dengan kerjaya. Daripada merempat kat kafe saja2 kan, baik cari pengalaman cari duit. Walaubagaimanapun, keputusan cemerlang untuk kerjaya akan datang sebab keputusan degree penting untuk permohonan Master. Dan pernah berjumpa dengan keadaan seorang manusia yang tidak diambil sebagai pensyarah kerana degree third class. Walhal master nya cemerlang. Kalau anda pewaris Naza, abaikan point ini.



Bayangkan, anak yang anda/isteri anda lahirkan, diberi jagaan yang didikan yang terbaik yang anda boleh bagi. 5A UPSR dihadiahkan untuk anda. Tipu la kalau tak happy. Walaupun UPSR. Tapi still rasa nak loncat2 dan nak cium2 budak tu sebab happy. Lebih kurang begitulah hati makayah agaknya. Cuma tak tunjuk je diaorang nak loncat2. Agak-agak la kan.

Selamat maju jaya kepada diri sendiri kerana belum cukup best. Result tak cukup best, skills banyak lagi yang perlu upgrade supaya jadi best. Walaupun Mumy macam suruh sambung je bisnes dia, tapi kalau saya tak ada skills, macammana kan. Hancurkan bisnes ada la. Kalau nak jadi lecturer, skills perlu untuk dapatkan kerja. Erghhh.... Kusut2 otak, kita tidur!


Result Gempak, Happykan Mak Bapak
~KITA MAMPU MENGUBAHNYA~


1 comments:

Anonymous said...

should balance with result n skills, if we depend on what our parents give to us like everything our parents prepare, it is not have value on our result n skills, Both is important, it is genius if the student can maintain both, Academic good Skills good!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...