Wednesday, January 5, 2011

Prisoners Escape

Penjenayah 1: Tim. Pernah membunuh seorang ibu mengandung dan merogolnya ketika memecah masuk sebuah pejabat
Penjenayah 2: Nick. Juga disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Tim adalah seorang yang berkebolehan dalam melukis. Dia banyak ditugaskan melukis di dinding-dinding penjara. Tim tinggal di bilik penjara di tingkat bawah. Dia mempunyai sebuah plan dan untuk melaksanakan plan itu, dia perlu tinggal di penjara tingkat atas. Maka, dia berkenalan dengan Nick yang menetap di penjara tingkat atas.

Setelah berkenalan dan wujud unsur kepercayaan antara mereka, Tim memberitahu Nick yang dia plan nak keluar dari penjara. Caranya, tebuk siling konkrit. Untuk tebuk, Tim pergi ke tempat bertukang yang terletak sebelah tempat dia melukis. Dia nak ambil tukul tak boleh sebab barangan seperti tukul, screwdriver akan dikawal oleh pegawai penjara. Maka, Tim ambil skru.


Kerana terlalu lambat kerja mengorek dinding dengan skru sahaja, barangan dibuat dari besi diseludup masuk ke dalam bilik penjara. Untuk mengurangkan hentakan dan bunyi, besi berbentuk bulat itu dibalut dengan sallotape. Besi ini bertindak sebagai penukul. Skru adalah pemahat.

Sekian lama mengetuk, besi muncul di siling. Besi diletakkan bagi mengukuhkan konkrit. Dengan menggunakan bilah gergaji yang sudah patah, Tim gergaji besi itu. Semasa Tim buat kerja, Nick tengok keadaan sekeliling jika pegawai penjara ada lalu.

4 July adalah hari kemerdekaan USA. Semasa bunyi dentuman bunga api meriah di langit, Tim mengetuk konkrit sepenuh hati dengan besi. Bunyi ketukan dilakukan seiring bunyi bunga api. Tiada siapa mengesan bunyi tersebut. Vaseline disapu seluruh tubuh bagi memudahkan badan keluar dari lubang siling itu.

Setiap banduan boleh memiliki 6 set cadar. 12 cadar disambung untuk digunakan sebagai tali. Tim dan Nick keluar dari siling, masuk ke lubang penghawa dingin, dan keluar ke kawasan atap bangunan lain. 40 kaki dari atap, cadar tadi digunakan untuk turun ke bawah. Tim jatuh dan patah buku lali dan bahunya juga cedera. Nick menolongnya walaupun Tim terhinjut-hinjut.

Mereka melintas sebuah jalan besar untuk masuk ke hutan. Disebabkan kecederaan Tim, kadar pergerakan untuk melintas jalan agak lambat, dan sebuah van terserempak dengan mereka. Namun, mereka biarkan sahaja van itu berlalu dengan harapan van itu tidak perasan kehadiran mereka.

6.30 pagi, pegawai penjara menyedari ketiadaan Nick dan Tim. Media digunakan untuk menyebarkan berita kerana penjenayah2 ini sangat bahaya. Penjenayah perlukan makanan dan kenderaan untuk bergerak. Oleh itu Tim dan Nick mencuri sebuah van. Kecurian dilaporkan . Setelah dikesan, polis undercover mengikuti van itu. Strategi untuk memblok van itu diatur.

Setelah 17 minggu berusaha mengetuk siling, mereka ditangkap lagi. Dipindahkan ke penjara seorang sebilik. 23jam dalam bilik. Oh ya. Kawasan penjara yang mereka berjaya lari tu, tiada pagar. Namun, kawalan pegawai sudah ketat. Tetapi, rekod bersih Tim dan Nick di penjara memudahkan kerja mereka kerana pegawai-pegawai penjara fikir mereka ni tak akan buat kerja-kerja tu. Prove they're wrong.


~There is no life in prison, just existence~

3 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

manusia,xpernah rasa cukup.

ini kisah benar di Jakarta;
seorang pegawai tinggi kerajaan ditangkap kerana rasuah dan dipenjarakan.dalam rekod dia memang dalam penjara tetapi dia terkantoi pegi Bali, Singapore, KL, Macau, dan balik rumah. bagaimana boleh jalan2? wang digunakan untuk melepaskan diri dari penjara. dah macam prison break pulak.

nak tau kisah lanjut sila google "Mafia Pajak Gayus". kes sdg hangat dibicarakan skrg

Nadhirah Ahmad said...

lokman: kes lg bes... wahhh

Nadhirah Ahmad said...

lokman: kes lg bes... wahhh

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...