Monday, January 31, 2011

Pelajar Malaysia-Mesir

Pagi tadi, buka blog-blog glamor yang saya biasa kunjungi seperti ini. Mesir ada krisis sampai pelajar Malaysia terkena tempiasnya? Memang dah tahu yang Mesir ada isu. Tapi, tak tahu sampai teruk ni. Memandangkan cuti ni saya habiskan masa di BJ, habis tak layan segala berita. Main dengan binatang-binatang dan petang-petang layan sukan.

Bila tengok berita macam tu, mula-mula tak percaya sangat. Tapi masih cari sumber-sumber lain. Sebab internet ni, bukan semua benda boleh percaya kan. Kena selidik dulu. satu lagi, kadang-kadang overeacting je manusia ni. Contoh, isu Indonesia hari tu. Dalam berita punya la kacau-bilau. Tapi kawan kat Indonesia rileks je menjalani kehidupan seharian.

Berbalik kepada isu Mesir tadi, saya buka YM. Biasanya kawan saya, yang menuntut di Mesir selalu online ym biarpun dia dalam kuliah. Ni dari pagi tadi batang hidung dia memang tak muncul-muncul. Hantar message kat kawan di sana, juga tak dibalas. Memang betul lah internet dan telefon mereka tak boleh guna sebab kawan saya tu biasanya akan respond juga message saya walaupun lambat. Ataupun saya hanya over-reacting?

Tak kisahlah over-reacting ke under-reacting ke. Memandangkan saya dulu dari SMKA, maka ramailah rakan-rakan yang menyambung pelajaran di Mesir. Semoga kalian semua tak kira di Ain Shams, Cairo, Mansoura, Tanta, dan Alex akan sentiasa selamat serta dilindungi Allah.

2 comments:

MéuzAngelo™ XXIII said...

kwn aku pun ade study kat sane.. sampai skrg tak dapat contact.. haishh

Anonymous said...

Buat Solat hajat lebih senang dan berdoa, insyALLAH semua selamat

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...