Monday, January 17, 2011

Pakej Blogger Glamor

Baru tengok dunia luar dari blog saya. Huh. Rupanya banyak blog bes-bes. Nak jadi blog glamor2 macam dia orang, jauh lagi kot. Tapi yang saya perhatikan, untuk perempuan, blog bes adalah tulisan yang bagus dan orangnya pun kena lah cun a.k.a cantik.

Tapi kebiasaan blog perempuan ni, banyak gambar seh. saya nak letak gambar diri sendiri banyak2, segan tersipu2 malu. Tapi, salute blogger yang rajin upload gambar. Saya malas nak tunggu upload internet lembab macam siput. Bila la cik siput ni nak jadi laju macam pacat di Hutan Belukar Bukit?

Bila tengok gambar blogger perempuan yang kebiasannya make-up. Terdetik kat hati, comel dia buat smokey eyes. Makluman, smokey eyes bukan mata itu merokok, ya! Seriusly fail bab make-up. Dan bila aunty tolong make-up saya, serius habis dikondem di Mumy. Buat hati fikir yang saya tak sesuai make-up tapi ada 2/5 dorongan nak cuba sapu dan calit benda itu ini pada muka.

Tudung pula tak reti nak pakai pusing ke lilit ke. Paling trendy pakai tudung buat gaya rama-rama iaitu pin sebelah kiri bahu, dan pin pada kanan bahu. Dah, jangan nak kutuk, sebab memang dah tahu saya tak reti pakai tudung jadi cun-cun. Kesian kat kawan hari tu semangat kobar-kobar ajar saya cara pakai tudung yang macam shawl. 10 minit pertama boleh tahan ada gaya amatur, tapi 10 minit lepas tu terpinga-pinga balik. Aishh..

Tapi, yang bes adalah Dady suka ajak saya keluar. Sebab, 10 minit, boleh siap tunggu depan tangga macam kitty dalam gambar tu dah (ayat sedapkan hati sebab loser bab make-up and appearance). Jadi, kepada si suami di luar sana, yang mempunyai isteri yang kurang pandai hal ini, kebaikannya adalah mereka boleh bersiap dalam masa yang sangat pantas!



Dalam Kekurangan Ada Kelebihan



5 comments:

fyna said...

i suka letak gambar syok sendri! terasa2! hehe

Nadhirah Ahmad said...

fyna: kadang2 gmbr tu yg buat entry tu mnrik kan.

akmall said...

tu lah....erm...nadhirah...x yah lah pakai tudung mcm orang sekarang ni...mcm x comel je ngn nadhirah..seyesly....tapi..lau nk baiki dari segi lain ada...gaya jalan n so on..bukn apa...nmpk you mcm dak kecik..padhal dah 20 taun da...baju ok je da...
untuk make up pulak..lau untuk nadhirah... i syor kan you just pakai lips blam or lips glos that is much better that lipstick..but ia tidak over dan tidak lah simple sgt..kan.?..bedak2?..smokey eyes?..x payah lagi la...just simple2 dulu....okay?

Nadhirah Ahmad said...

akmal: thank u. tp i jln cm budak kecik erk. sob2

Mr Laici said...

ahaaaa.. sedang conpius nak pilih isteri yg mna??
Mode: conpius.. hehe

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...