Thursday, January 27, 2011

Kesihatan Pulih Kembali

Semua orang tahu yang sihat datang sebelum sakit. Dan kalau kita masih bernasib baik, sihat akan muncul lagi bagi menyerikan wajah kita. Begitu juga dengan laptop. Laptop kadang kala sakit dan itulah yang mimpi paling mengerikan bagi seorang pelajar seperti ku. Walaupun laptop orang kebanyakkan je iaitu Acer, ia tetap bertakhta di hati Nadhirah. Pendek kata, hakikat yang kita perlu kita terima ialah sebahagian nyawa pelajar terletak pada laptop!
Masalah laptop saya ialah tidak boleh mengakses internet sedangkan skype boleh je buka. Aish. Nak suruh aku skype 24 jam, tak nak bagi buat kerja ke?

Hantar ke kedai di hadapan UniSZA, di sebelah PrinTech. Bukan D-Lima ye, tapi blok kedai baru sebelah PrinTech tu. Pelajar-pelajar UniSZA boleh lah layan kedai ni kalau laptop rosak. Rawatan diberi kira-kira 3 jam dengan kadar caj RM35. Laptop ku dihinggapi virus rupanya. Sekarang, ia sihat. Maka tiada alasan lagi untuk saya tidak buat kerja!


6 comments:

Mohammad Lokman Hakim said...

skype je 24 jam.hahaha...

Nadhirah Ahmad said...

Boleh je tapi takut tak terlayan

Lulu Amira said...

haii
1st tyme jmpe dak unisza kt sni..=)

Nadhirah Ahmad said...

Lulu: unisza juga e?

Lulu Amira said...

@nadhirah:yuop2..
slamat kenal..ngee

akmall said...

dah agak da... it happened to me once..(in fact for quite number of times)...but i got dean and pizi to do it for me.... i love them...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...