Monday, January 17, 2011

Handbag Kit Solat

Tak tahu sama ada term itu betul atau tak. Yang penting, intipati yang disampaikan adalah peralatan solat yang boleh dimuatkan dalam handbag. Kalau bawa backpack tu, tak ada masalah nak bawa telekung solat kan.

Solat ni mudah je. Dan Allah jadikan solat sebanyak 5 ni waktu banyak hikmahnya. Kalau saya, saya rasa senang ada waktu solat 5 kali kerana ia sebagai guide untuk time management. Contoh, kelas pukul 8 pagi. Sebab ada solat Subuh, kita tak ada lah nak terlewat ke kelas sebab lepas solat Subuh je dah boleh terus siap-siap.

Nak tunaikan solat, boleh je dimana-mana. Cuma walaupun Malaysia negara Islam, jarang nampak orang solat di tepi pintu ke apa ke. Mungkin sebab masjid dan surau bersepah-sepah kot.


Teringat dulu masa di Glasgow, ada lawatan ke Smithycroft Secondary School. Seorang kakak Scottish-Kristian iaitu fasilitator ni tanya saya nak solat tak. Saya biasanya solat kat rumah je sebab balik tu, Zuhur masih belum habis. Dah bagi tahu dia yang saya boleh solat kat rumah. Tapi dia macam confused. Agaknya dia tak faham waktu-waktu solat ini. Saya pula tak pandai explain dengan lebih lanjut. Vocab kurang seh. Maka tertunailah solat saya di sekolah itu buat pertama kali, dalam bilik yang diberi sambil lapik jaket yang dipakai untuk sujud. Pointnya di sini, solat boleh dimana-mana.

Tapi yang perempuan, selalu dengar keluhan. "Owoh, dop ingat nak bawa baju mayang!". Kadang-kadang bajet nak keluar sekejap, jadi tak ada nak prepare bawa telekung ni. Tapi, Islam itu tak menyusahkan umatnya.

Kita tak semestinya bawa telekung untuk tunaikan solat. Kita hanya bawa kit solat ini iaitu:

Stokin tangan.


Stokin kaki yang tebal dan tidak koyak.


Keronsang/pin kecil.


Tisu jika tidak memakai Joyah.


Stokin lengan dan kaki yang bersih perlu diletakkan dalam handbag sebagai kit solat kerana mungkin stokin kaki kita tu terkoyak kat tumit sikit ke apa ke dan kalau dah bawa yang bersih, tak perlu nak rasa was-was lagi. Nak solat, tukar je.

Mesti fikir. Apahal nak suruh bawa kerongsang/pin kecil. Benda ini perlu nak pinkan hujung belakang tudung kita pada baju anda. Jadi, bila anda sujud, tak ada lah nak terselak ke apa ke.

Kalau pakai Joyah, kita boleh ejas Joyah untuk tutup bawah dagu. Kalau tak ada Joyah, letak tisu selit kat bawah dagu. Pakaian pula, tak perlu pakai ketat-ketat kalau nak keluar sebab pakaian longgar itu memudahkan kita solat. Dan walaupun seseorang perempuan tu pakai pakaian yang longgar dan tak skinny2 ni, dia masih boleh nampak comel kalau dia memang comel.


Solah is Simple


3 comments:

akmall said...

yea....mmg susah..cuma kita2 ni je yg wat acuh x acuh...muhuhuh

Ayuni said...

btul, solah is simple!!!

Auni Najwa bt Azman said...

Basically, kalau aurat dah tutup takde masalah nak solat. the hassle of carrying around telekung is bcos aurat tak ttup dgn sempurna (n sebab tradisi kot)

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...