Tuesday, January 4, 2011

Gecko Si Abang Cicak


Ini adalah gecko. Gecko adalah adik beradik cicak. Abang cicak lah sebab ia lagi besar dari cicak yang kat rumah tu. Jadi, bagaimanakah gecko boleh melekat pada permukaan kaca?

Kaki dan tangan gecko ni ada banyak bulu yang halus. Lagi halus dari rambut manusia. Kaca pula nampak je macam licin, tapi sebenarnya tak. Oleh itu, bila bulu-bulu gecko ini bertemu dengan kaca, ia boleh menggengam kaca dengan baik kerana kondisi kaki tangan gecko dan kaca yang tidak rata itu.

Cuba ambil cling film. Letak kat kaca. Mudah melekat pada kaca kan? Keadaan kaki tangan gecko macam cling film itu lah. Nampak je cling film tu macam rata, tapi sebenrnya tak. Dua permukaan tak rata bertemu, memudahkan dua permukaan itu melekat dengan satu sama lain.

Okay. Musim-musim hujan ni, biasa sangat redah hujan kan. Jadi, apakah cara untuk mengurangkan kadar kebasahan ketika meredah hujan?

a) Berlari
b) Berjalan
c) Tiada Perubahan

Setelah diuji kaji secara saintifik dengan menjaga faktor pemalar, jawapannya adalah berjalan. Cuma kita rasa macam tak basah mana bila berlari sebab kita cepat sampai. Lepas ni, kalau jarak tempat kena redah hujan tu dekat, macam dari porch kereta ke pintu rumah, berjalan sahaja!


6 comments:

New Interesting Manuscripts said...

hurm...aku x kisah lah cicak jenis apa..yang penting aku memang geli ngn cicak...lagi besar lagi geli!!!...eeeiii....sejuk je....geli geleman beta!!!...

Nadhirah Ahmad said...

Akmal: Saya pun geli. dari cicak hinggalah ular, asal ada sisik, geli la..lembik2. licin2

New Interesting Manuscripts said...

erm...betol tu..aku lau ular x lah geli..tu da masuk ke tahap yang lain..tahapnya adalah takut...haha..takut kena patuk!!..mampus lah lau kena patuk... cicak tu...eeeiii..lau masuk dalam baju ke...eiii..lagi satu katak!!!....eeeiii....sejuk je.....

Nadhirah Ahmad said...

Ramai geli katak rupanya. Hahah.

Anonymous said...

ikan pun lembik gak. geli tak?

Anonymous said...

btw,, ..ye ke jln xbsh sgt..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...