Wednesday, January 26, 2011

Eh, Magnet Tarik Makanan?

Eksperimen masa sekolah-sekolah dulu, guna serbuk besi. Lepas tu, kena uji benda yang ditarik/ditolak magnet. Lepas tu lukis objek tu dalam buku. Sekarang, darjah tiga dah pun belajar eksperimen ni. Nanti tahun 2020, darjah 1 eksperimen geseran, darjah 3 eksperimen litar da!

Rasanya pendidik kena kreatif lebih sedikit sekarang. Jangan la tipikal sangat eksperimen. Bosan seh kalau skima-skima macam ni. Nanti, dah jadi Mumy (tak berminat jadi guru di sekolah) nak perkenalkan ekperimen magnet guna pendekatan berbeza.


Nak suruh anak ambil mangkuk kaca. Letak air. Lepas tu letak 2-3 keping cornflakes dalam mangkuk. Sementara cornflakes masih terapung, ambil magnet letak dekat atas air tu, sah conrflakes tu akan bergerak menuju ke magnet! Ha, baru eksperimen best.

Sebenarnya cornflakes itu telah ditambah dengan zat besi yang telah diproses semasa proses pembuatan conflakes itu. Sebab itu lah cornflakes itu boleh ikut magnet ke hulur ke hilir.


Sambil makan, sambil eksperimen, sambil belajar.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...