Saturday, January 8, 2011

Dato' dan To' Puan

Baru ni terserempak dengan borang darjah kebesaran dan bintang-bintang yang dianugerahkan sultan ni. Baru tahu Dato' Seri ni lebih tinggi dari Dato'. Sedih tul umur 21 baru tahu. Tu lah, cuba bagi pangkat tu pada saya, orang muda seperti Nicole David. Bila dapat, mesti lah tahu. Tapi, ohooo.. Jasa macam tak ada je.

Kat situ ada juga lihat, bila suami dianugerahkan Dato' Seri/ Dato'. Isteri dapat gelaran To' Puan. Ni bagi Terengganu lah ni. Tetapi, bila isteri dapat, suami tak dapat apa-apa gelaran. Kenapa erk? Jadi, kita buat hipotesis.

Dalam kejayaan seorang lelaki, mesti ada perempuan di sebaliknya. Isteri, ibu ke tak kisahla. Tapi, biasanya isteri banyak memainkan peranan bila seseorang lelaki sudah berumah tangga. Jadi, bila dapat To' Puan tu, sebagai tanda mengiktirafkan sokongan yang isteri berikan selama ini. Tapi, mengikut pengalaman orang lain la, diri sendiri belum berumah tangga. Isteri lebih suka penghargaan berbentuk perhatian dan kasih sayang khas untuk dirinya sahaja. Walaupun sharing is caring, tapi ada kala sharing is hurting.


Bila isteri dapat gelaran Dato', suami tidak dapat gelaran. Kalau kita tengokkan, pendapatan isteri, suami tak ada hak nak sesuka hati dia ambil duit isteri. Cuma biasanya kalau kewangan keluarga tak berapa stabil, sama-sama membantu untuk kebaikan keluarga. Jadi di sini, pangkat tu lebih kurang duit la. Isteri dapat, suami tak ada hak. Kalau suami nak juga, usaha sendiri. Nak beli pun beli la. Tapi buat apa nak membazir duit beli-beli pangkat ni. Suruh anak kahwin awal, dapat cucu, up lah pangkat anda. Pangkat yang ni lagi bes kot.

Walaubagaimanapun, pangkat tak menjamin kebahagiaan rumah tangga. Tapi mungkin boleh menjadi platform untuk mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat.


1 comments:

Rohani said...

AGama sudah terbukti menjamin masa depan dan kebahagiaan, cuma harta dan pangkat sebagai tambahan dan ia menjadi keutamaan kepada manusia yang suka kepada bentuk fizikal, dan harta dan pangkat juga membuat AGama dalam diri manusia itu bertukar, berubah sehingga tidak dapat beza mana harta dan agama, tapi terpulang kepada diri masing2

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...