Friday, January 14, 2011

Cara Atasi Otak Bengap

Bila baca nota, rasa macam tak faham, rasa macam complicatednya benda alah ni. Dari sekolah sampai lah sekarang. Cuba tengok balik buku biologi dan soalan biologi. Dulu nak exam, mak oi banyaknya nak hafal. Nak hafal, kena faham dulu kan.

Bila sekarang, tengok nota Bio yang matrikulasi, terdetik kat hati. Lo. Benda macam ni pun, susah ke nak faham. Apa yang dulu saya susah sangat nak faham dan ingat benda simple ni? Kenapa rasa macam tu? Dulu otak bengap ke? Ke dulu tak reti nak study? Ataupun saya sorang je yang rasa camni?

Sekarang saya rasa kalau tak pandai nak faham sesuatu benda, cuba hafal benda tu sama ada nak kaitkan benda tu dengan realiti supaya mudah ingat. Contoh, langit ada 7 lapisan. Relatekan dengan 7 hari. Satu hari = setiap lapisan.

Atau pun, ingat sesuatu ilmu tu sebagai imej. Habis dengan kedudukan gambar buku di store kan dalam otak. Bila exam, dah tahu jawapan tu pada muka surat tu kat mana, tapi tak ingat tulisan pada muka surat tu la pula. Huhu.

Orang Islam pula kena lah berdoa. Supaya ditajamkan fikiran itu. Senang nak hiris buku. Sebab Allah nak kita memohon pada dia. Bukan pada orang lain sebab Dia yang berkuasa nak buat apa saja. Agama lain pun ada cara berdoa mereka tersendiri. Dan yang penting, jangan hanya pandai memohon pada Allah bila otak bengap sahaja. Bila otak genius, kena la banyak2 syukur dan ingat Dia juga!

Baru ini, terserempak dengan buku ni di internet. Macam menarik untuk dibeli. Nanti pergi bookstore, memang nak belanjakan duit untuk buku ni. Mana la tahu kot2 dapat bantu dapat result lebih baik. Sebahagian dari usaha. Lepas usaha, baru cukup syarat untuk bertawakal, kan? Chayo2!



0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...