Isteri/ suami jarang jaga 3 perkara ini iaitu menjaga mata, hidung dan telinga pasangan. Contoh mata. Isteri/suami kena jaga mata pasangan. Jadi pakailah pakaian yang menyejukkan mata dia. Janganlah asyik berkemban memanjang atau lelaki berkain pelikat sahaja. Hairan tau bila lelaki cakap panas nak pakai baju dalam rumah. Orang perempuan siap pakai long sleeve dalam rumah, rileks je.
Jagalah hidung pasangan supaya sentiasa bau yang menyenangkan hatinya sahaja. Pakai perfume dan jaga kebersihan diri sebaiknya. Tapi kalau baru sudah masak tu memang la bau sambal tumis. Jadi jangan la nak komplen time tu ye. I memasak untuk u juga kan.
Ketiga. Jaga telinga pasangan. Elak dari menyakiti telinga pasangan dengan perkataan yang tak disenangi. Lelaki ni kadang kala mudah keluar perkataan yang kasar. Perempuan pula mudah nak membebel. Tapi kan, sabar adalah core untuk hal ini. Bila sabar, tak ada la mudah nak melenting bila tak puas hati. Bila sabar, tak ada la nak membebel pada perkara kecil.
Rumahtangga Bahagia, Fantasi Direalitikan
3 comments:
Betul tuh, SABAR, tapi ada juga yang suka wat2 xtaukan, sakit hati juga, pernahla jumpa lelaki macam tuh,by the way, agama penting, tapi orang dah tidak hirau sal agama sebab sudah menjadi perkara zina hatikan, bila hati sudah berzina, maka syaitanla kuasai, dari segi perkataan mmg lelaki dan perempuan sama naik jer, dan yang xtahan kadang2 lelaki panas baran dapat perempuan sabar, n perempuan suka cerewet memilih dapat lelaki sabar, ALLAH maha kaya, sebab itu berlaku macm itu, bagus entry ini
everyone should practice it from now.haa...
Sya: terima kasih kerana sudi membaca
lokman: i know. And i'm trying to do it spcially the last one!
Post a Comment