Monday, January 10, 2011

Bonding with Friendship

Ada baca blog pasal persahabatan. Jadi, nak tulis pasal persahabtan. Hurm. Kalau ikutkan kawan di Facebook, mak aih. Ramainya! Bila ada friend request, tak accept. Biar je. Konon-konon nak filter dulu. Tak nak add sebarangan. Bila da puluh-puluh tertangguh, accept je la semua. Hurm.

Erti persahabatan, dapat dirasai bila masuk sekolah menengah. Sekolah rendah asyik pindah-randah. Namun, kawan-kawan baik masa zaman berhingus tu tak kira sama ada di Terengganu, Glasgow, Lancaster semua saya ingat dan sayang. Cuma, saya banyak perhatikan diaorang melalui alam maya. Mungkin diri sendiri rasa mereka banyak komitmen lain, jadi tak nak kacau walaupun dalam hati rindu.

Darjah 6, balik untuk UPSR. Baru rasa dunia ni boleh jadi pahit macam pedal ayam. Kawan tikam belakang, buat fitnah. Manusia ada rasa iri hati. Seminggu sebelum Pra-percubaan UPSR, orang campak kau kat Malaysia. Walaupun rasa macam terencat sebab tercampak tapi Allah bagi rezeki dapat 5A dalam setiap peperiksaan sampai la UPSR. Masa isi borang untuk sekolah menengah pula, cikgu bagi sijil konon aku pengerusi kelab bla bla bla, pengawas la apa la. Sebab cikgu nak tolong saya. Saya tahu ada yang tak puas hati.

Bila dengar fitnah tu sampai kat mak sendiri, hati sakit Allah je tahu. Namun, muka slamber ni tak tunjuk sangat perasaan sebenar. Alhamdulillah Mumy percaya pada anak dia sebab dia yang tungkus lumus ajar saya jadi budak pandai. Dia tahu tahap otak anak dia.


Alhamdulillah dan terima kasih kepada Mumy Dady sebab bantu saya untuk memboloskan diri ke SMKA Tok Jiring. Nak nangis la pula teringat kat korang. Macam2 kenangan, pahit manis ditempuhi bersama. Kehadiran anda semua menceriakan hidup Nadhirah. Sekarang, masing-masing mengejar cita-cita di tempat berbeza, komitmen digalas. Hanya dua-tiga kali berjumpa dalam setahun. Namun, bila jumpa, ukhuwah kekal seperti dulu, kemanisan hanya diri sendiri dapat rasai.

Alam matrikulasi, kepadatan jadual menyebabkan kurang berkawan. Ketika di kelas bersama Hazwaniz dan di luar kelas bersama Aina. Di matrikulasi, mula belajar berada di hostel, suasana baru, kawan ada yang baru. Tetapi, hanya beberapa orang yang kenal di sini yang masih kekal berhubung sehingga kini.

Universiti, kawan biasanya atas dasar kerja. Keluar berseronok bersama pun tak pernah. Masing-masing ada kawan yang lebih selesa didampingi. Mungkin kerana saya tinggal di rumah, jadi kurangnya keeping in touch. Kadangkala terasa ruang kosong yang ingin di isi.

Allah sentiasa bersama hambanya cuma kadang-kadang manusia ni tak mencariNya. Walaubagaimanapun, harus diakui kehadiran teman juga dirasakan perlu dalam hidup. Bila mengunjungi blog-blog meneliti kehidupan orang lain. Terfikir, alangkah bagusnya jika mempunyai teman yang sentiasa berada di sisiku tak kira susah dan senang, sentiasa bersedia menemani ku, mendengar ku. Mungkin, sudah tiba masanya untuk berfikir untuk mempunyai teman lelaki yang halal?

2 comments:

akmall said...

tu lah nadhirah..ada je yang nak ajak..tapi kan..nadhirah duk umah..susah lah sket.lau dtg u pun..lau ada keja..tu je lah..lau x..xde lah...sian kan....hurm...xper lah nadhirah...kalu kurang yang sini..ada Allah bagi lebih kat mana2..betul x?...

Nadhirah Ahmad said...

Akmal: Yup. Betul akmal. tp lbh enak kalau yg kurang itu dipenuhi kan.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...