Saturday, January 8, 2011

Atasi Tudung Nipis

Dunia sekarang, banyak tudung di pasaran. Bermacam-macam jenis tudung. Yang peliknya, ada nama tudung sempena nama orang yang tak pakai tudung. Di Terengganu ni, jarang nampak yang tak bertudung. Walaubagaimanpun, yang bertudung tak bermakna dia bertudung di sisi Islam.

Tudung paling senang nak jumpa adalah tudung bawal. Walaupun ada yang besar, yang kecil, tapi nipis macam kain maslin. Tudung lain pun banyak juga yang nipis2. Bila nipis, pakai tudung masih boleh nampak leher.

Macammana nak atasi? Saya perkenalkan Joyah, iaitu objek di bawah ini. Segak meniarap di atas karpet koko.


Saja je nak bagi nama Joyah. Joyah ni boleh dibuat sendiri atau beli kain dan upah tukang jahit. Nak Joyah lebih tebal, beli kain lebih tebal atau suruh tukang jahit buat Joyah dua lapis. design lebih kurang macam tudung sekolah zaman dulu kan, dua lapis. Dengan Joyah, anda tak perlu bimbang pasal nipis nampak telinga ke leher ke apa. Sejurus anda pakai skarf kepala, pakai Joyah. Kemudian baru pakai tudung bawal itu.

Bagi mengelakkan rasa tidak selesa, luas bahagian muka Joyah dibuat besar sedikit dari luas muka anda. Jadi bila pakai tudung bawal tu, nak lipat bahagian muka tu jadi lebih senang. Kalau malas nak pakai Joyah, pakai tudung dibuat dari kain Jeans (idea kawan masa form4). Tebal tanpa was-was.

Saya mengucapkan, selamat membuat dan memakai Joyah!


8 comments:

Rohani said...

betul tuh, sokokng, ani sungguh sokong, tapikan ada kawan ani tuh, ani bukan xsuka kat dia, tapi sejak dia kenal dengan seseorang, dia sudah tak pakai tudung labuh bawal bulat tuh,nampak keayuan dan ketinggian ilmu agama dia, ani suka tgk dia pakai macam tuh berbanding pakai tudung labuh menutupi dada dan melepasi bahu hanya skit jer dan skrg dia kurang bercakap ttg agama, tapi bercakap ttg dunia, kesian,...., tapi apakan daya,ani baru teringat, setinggi mana agama kita, setinggi juga allah uji kita, harap kawan ani tuh kembali kepangkal jalan,

Ayuni said...

nk cari tudung yg tebal n labuh punyelah susuah skang nie, pusing atas mbkt, jumpe 1 kedai je yg jual tudung tebal....kt temerloh, lglh xde, nasib baiklah kt ganu ader....

Nadhirah Ahmad said...

kak yuni, kalu nipis, kak yuni buat la Joyah. senang skit. Kalau nak lagi jimat, beli kain kat kedai, kemudian jahit tangan je

Anonymous said...

salam,

huhu.. joyah sudah berjaya di buat! terima kasih kepada penulis blog ini kerana memberi idea yg bernas... jazakallahh!

Nadhirah Ahmad said...

To anonymous: alhamdulillah. At least i know tht this blog gives input to the public. Btw, when looking back at this post, rase mcm buruk benor j sy namakn die joyah. Lol

katak ejaw said...

Salam.

kalau sesape tau mane nak dpt kain tudung tebal
Contact saye eh !

katak ejaw said...

Lupe bg email T.T

katakejaw@yahoo.com

Time kaseh :)
ASAP ehh

Nadhirah Ahmad said...

Skrg ni bnyk kak. Cntoh.kain tidung mesir..tebaljuga.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...