Monday, January 10, 2011

Luaskan Pengalaman dengan Jejalan


Apakah negara yang popular dengan coklat, jam dan membeli-belah?

Switzerland

Waktu paling sesuai untuk rakyat Malaysia ke Switzerland ialah May-July. Musim panas kalau sejuk pun boleh tahan lagi la. Tak ada la badan weather-shock.

Pernah dengar kasut jenama Bally? Kalau yang tingkatan 1, dalam short stories Of Bunga Telur and Bally Shoes ada mention tentang ni. Bally ni agak mahal la di Malaysia. Tapi di Aarau, Switzerland ada Bally Factory Outlet. Nak kata murah sampai RM10 sepasang kasut tu melampau la kan. Tapi agak-agak beza sangat harganya. Nama pun beli kat tempat asal dia, kan. Affordable la nak beli di sini. Kalau kat Malaysia, tengok cuci mata je la. Ha, teringin nak pakai tinggi macam lam gambar tu. Nadhirah, berapa tinggi u? 163 cm je (muka bajet sambil mata kelip2). Tapi sah2 kena protes di Mumy beli berinci2 macam ni. Oh ye, masa pergi kat sini, terserempak la seorang VIP Malaysia ni. sin. wau. mim. ba. wau. ghin. tak nak tegur rakyat Malaysia. Perghhh...


Coklat. Toblerone tu saya kenal kat Switzerland lah. Padahal kat Malaysia kat 7E berlambak! Mula-mula tengok, apa ke hal bentuk segi tiga. Nak makan macamana tajam2 camni? Makan coklat tu dalam dua kali je kot. Tak suka, maka tak minat, maka tak beli, maka tak makan! Memang banyak sangat jenis coklat kat sini. Ada halal untuk orang Islam dan ada yang halal untuk bukan Islam. Antara coklat yang best di Switzerland, pistachio dipenyek jadi macam krim dan diletakkan pada tengah coklat. Ala-ala Cadbury orange centre-filled chocolate.

Di Switzerland bawa duit banyak2, beli la jam banyak. Beli terus untuk hantaran 2015, boleh? Lol. Beli banyak2 lepas tu, problem lupa letak jam kat mana sebab selit bawah almari, celah buku. Mumy ada beli satu set jam JPS. Belum dipakai, rumah dimasuk pencuri. Aiseh. Tak ada rezeki. Sebenarnya saya tolong simpan jam tu di rak dalam bilik. Tolong simpan atau tolong tayang?


Banjaran Alps adalah banjaran tertinggi di Eropah. Nak naik banjaran ni, guna kereta kabel. Nak sampai kat puncak tu, banyak pit stop. Lagi tinggi naik, of course lagi mahal. Kalau sampai ke puncak, 3 orang naik, dalam RM500 terbang bagi kat kerajaan Switzerland. Nak murah, hiking boleh sebab banyak perkampungan sepanjang banjaran tu. Tapi kereta kabel ni montel. Muat lebih kurang 20 orang. Sebab dia tembam dan berat, bila angin bertiup, tak rasa mana bergoyang!

Siapa suka main golf? Padang golf di sini sihat-sihat, hijau dan ceria. Jadi, kalau nak main, boleh main. Saya tak suka golf sebab tak reti-reti main, jadi saya tak boleh nak komen banyak pasal ni.


Wahai pencinta alam, datanglah ke Switzerland. Air terjun tinggi KLCC, tasik biru, pokok epal bersepah di tepi jalan, sungguh bes kalau layan. Nak-nak yang ada DSLR, lagi la syok ambil gambar ciptaan Allah ini. Sedut oksigen banyak-banyak, simpan bawa balik Malaysia!


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...