Friday, December 17, 2010

Women-Unique

Few of my friends are already married and even have their own children. I love to ask their experiences and it is really nice to hear someone you love is happy with their marriage life. The best part is- cubit2 muka anak dieorang sebab kawan2 saya yang dah kawin semua comel. Mak comel, anak comel.

I found that although woman clearly knows giving birth is clearly painful. Ayat paling biasa didengar, 'sakit macam nak mati'. Walaupun tak tahu sakit mati macam mana. Tapi women masih berdegil nak juga mengandung. Mungkin sebab dengar pengalaman mengandung dari orang lain. Contoh, saya baru tahu pregnant mummy boleh rasa bila anak dalam perut tu tersedu/hiccups. Kalau rasa baby tendang perut tu, common lah. But, to feel your baby is having hiccups, I was like, "eh.. Camne rasa ye..". And the feelings cannot be described. Making woman feels excited and thrilled to get pregnant too because of wanting to feel the experience.

Walaupun dah ada pengalaman jadi ibu mengandung, perempuan ni masih tak serik sebab kalau tu anak laki, dia nak experience jadi pregnant mother of a baby girl. Nak rasa beli baju untuk anak lelaki dan anak perempuan. Nak rasa macamana ada anak lelaki dan perempuan. Biarpun diaorang merungut sebab gemuk jadi tak comel sebab mengandung. Walaupun diaorang rasa benci ambil gambar bila mengandung. Biarpun seksa bila alahan asyik muntah-muntah. Walaupun susah dan perlunya sabar dalam mendidik anak-anak. Biarpun pernah cakap 'sakit nak mati' kalau beranak, tapi woman tak pernah serik. Kalau serik pun masa lepas bersalin je. Mati-mati cakap tak nak bersalin dah. Tapi, cuba tanya 2 bulan lepas kejadian, mesti cakap nak pregnant lagi!

Bagi yang tak dapat mengandung secara normal, women masih rela buat treatment IUI/ IVF walaupun setiap hari dalam jangka masa tertentu kena suntik perut nak masukkan ubat supaya telur yang dihasilkan tu berkualiti. Walaupun terpaksa tahan malu dan sakit bila doktor nak ambil telur2 tu dan bila dah dicantumkan, nak masukkan balik. Prosedur yang makan banyak masa tapi resultnya pun belum pasti. Tapi women itu unik sebab tak serik dan sanggup je mengharungi semua tu semata-mata nak pregnant. Ada yang sampai berbelas kali cuba treatment ni.

Dalam hal yang diklasifikasikan 'sakit nak mati' pun woman tak kenal erti serik. Perempuan tak rasa cukup dengan pengalaman dan apa dia dapat. Jadi tak perlu nak hairan kalau mereka ada complain benda-benda lain. Sebab dia orang tak rasa cukup, dan tak pandai nak serik. Kalau guna logik akal untuk fikir kenapa perempuan macam tu. Boleh jadi gila kot? Sememangnya, women are so unique in their own ways.. It is just the way women are..

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...