Monday, December 6, 2010

Story of Whipping Cream


Setelah lama berhajat nak buat whipping cream, maka hari ni saya telah buat kek. Sebab xkn nak cream je. Mesti ada kek kan.

Kek yang sepatutnya 45 minit dah masak, 1 jam 30 minit baru masak. Sebab bila 45 minit, tengok kek xmasak banyak lagi. Rupanya api perlahan. Kalau nak kukus kek, kena buat api kuat dari awal. Bila nak masak tu baru perlahan.

Lepas tu, nak buat whipping cream. Saya tak suka icing. Sebab tu saya nak buat whipping cream. Cubaan pertama lah ni. Selama ni angkut dari kedai je. Hari Sabtu baru ni pergi Giant. Walaupun penat sebab baru lepas exam, semangat saya masih tegar nak cari whipping cream. Dua kali round kat tempat kek. Tak jumpa. Bila tengok2 jus, baru ternampak. La. Whipping cream ni perlu disejukkan rupanya. RM7.54 untuk 200ml. Mahal juga.

Saya ambil sukatan untuk whipping cream dari buku masakan yang dibeli dulu. Study buku tu semalam. Motivasi tinggi. Kelmarin pergi 2 kedai tengok tak ada pemicit icing. Jadi pesan kat Dady suruh singgah kedai yang lain untuk beli. Semangat masih menggunung.

Dalam buku, sukatan whipping cream 750 ml. Saya hanya ada 200ml. Ambil kalkulator, buat pengiraan. Saya perlukan gula icing 22 gram sahaja. Plastik gula icing punya la besar.

Setelah mendapat pengiraan yang betul, saya pun kacau cream itu dengan whipping cream. Ada kawan cakap kacau kena lama. Ada suatu ketika, cream itu nampak sangat lazat. Kacau punya kacau, tiba2 makin banyak air susu terpecik. Busuk la baju bau susu. Macam budak umur 2-3 tahun je.

Saya pelik, kenapa jadi macam marjerin plak. SMS kawan, rupanya terlebih kacau la. Bila terlebih kacau, ye jadi macam marjerin. Fras betul. Membazir je RM 7.54. Dahla beli benda alah tu mahal, tengok2 buang je.

Bila xjadi cream, maka potong je la kek. Tadi buat sangat announcement dalam rumah supaya jangan ada sesiapa potong kek coklat yang dah masak tu. Bila nak decorate tak menjadi, maka ptong jela. Moist dan lembut. Terubat juga hati.

Orang kata belajar dari pengalaman. Tapi belajar dari pengalaman orang lain lagi bes dari pengalaman sendiri. Takpe. Ada hari, cuba lagi. InsyaAllah jadi. Tersemat satu amaran, jangan kacau terlalu lama bila buat whipping cream. Bila dah nampak macam dalam gambar tu, sila berhenti kacau. Sekian.

2 comments:

Anonymous said...

kalau terlebih pukul akan cair balik tp jgn buang.boleh guna.panaskan secara double boiled pastu masuk coklat dgn sedikit butter.jgn lama atas api nti coklat tu akan keluarkan minyak.agak2 whipping cream dh berbuih sikit/dh cair masuk coklat terus tutup api.coklat akan cair sb cream tu pns..
-butter tu nak bg berkilat.boleh ganti dgn golden syrup/madu.
(nora ali)

Nadhirah Ahmad said...

Nora ali:really?! baru tahu.. kalau tak, tak buang hari tu. tq for sharing

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...