Monday, December 6, 2010

Ragam Peperiksaan


Peperiksaan adalah untuk menguji kita. Sejauh mana yang kita faham, ingat, hayati. Keputusan untuk sesuatu peperiksaan adalah sesuatu yang zahir sahaja. Yang penting, kita menuntut ilmu dan cuba untuk menguasai ilmu tersebut untuk kepentingan bersama. Contoh, bila kita menimba ilmu sains, dapatlah manusia menyelesaikan masalah manusia. Seperti tabur garam untuk mencairkan ais di jalan raya.

Semakin meningkat dewasa, makin sukar saya melihat pelajar yang betul-betul jujur ketika peperiksaan. Apakah tujuan peperiksaan itu, jika bertanya situ-sini? Bukankah peperiksaan untuk menilai diri kita walaupun bukan semua ilmu boleh dinilai sebegitu.


Mak ayah bertanya macamana exam. Jawapan Alhamdulillah seringkali didengar. Mungkin kena teliti balik, jawapan kita selari tak dengan kelakuan kita.

Mungkin gambar tu contoh terlalu extreme. Tapi, ada berlaku. Mungkin di sekolah rendah tak wujud lah. Tapi tak mustahil sebab budak2 sekarang makin advance.

Mengapa saya sangat tak suka orang meniru ketika peperiksaan. Sebab tipu diri sendiri, tipu mak ayah. Dapat pointer tinggi-tinggi pun, tapi sebab tiru, kenikmatannya jauh berbeza bila usaha sendiri dan yang pasti semua yang dianugerahkan adalah dengan keizinanNya. Semakin bertambah umur, makin ku faham perasaan ibu bapa. Keputusan anak yang rendah hadiah yang lebih bermakna daripada menipu mereka.

Hadith Rasulullah :

"Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, maka dia terselamat dari tipu daya mereka."


Hadith ni membuatkan saya bersemangat nak belajar dan study bila syaitan suruh saya malas. Syaitan sengaja nak bunuh anak adam sebab bila malas, tak jadi manusia. Bila tak jadi manusia, putus asa hidup. Kemudian, bunuh diri.

Menipu ni boleh bentuk berbeza. Semoga kita jauh dari sifat-sifat itu. Peringatan buat diriku sendiri terutamanya, kerana sering buat salah. Dan semoga keputusan yang kita dapat bukan istidraj.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...