Wednesday, December 8, 2010

Berhemah Secara Relevan

Saya pergi ke bandar dengan Mumy sebab ada hal tengahari tadi dan saya dapat dua pengalaman di jalan raya; menakutkan dan memelikkan.

Menakutkan:

Jalan di deretan bank (Maybank, CIMB, Tabung Haji) sangat sibuk sebab disitulah orang parking dan disitulah banyak simpang-simpang dan susur-susur. Saya nak masuk susur keluar ke kiri. Oleh itu saya bagi signal kiri. Tetapi di sebelah kiri hadapan saya ada tercegat seorang lelaki berbaju oren yang nak melintas jalan. Dia teragak-agak. Sebab dia teragak-agak saya tak boleh nak masuk kiri sebab takut terkena dia, jadi saya terus sahaja.

Tengok2 dia lintas. Mak saya cakap dengan nada yang kuat tapi bukan menjerit, "orang tu!!". Saya masa tu terkejut sebab tetiba lelaki oren ni buat keputusan nak melintas, saya brek la. Dia pula nasib baik bertenaga sebab dia lintas sambil berlari anak. Mak saya cakap nasib baik tak kena dia. Saya cakap relaks lah dengan muka kontrol. Padahal dalam hati, berdebar juga sebenarnya. Dalam 30% kadar pendebarran. Langgar kucing pun habis ngeri rasanya walaupun tak pernah langgar. Apatah lagi manusia.

Lepas dari pengalaman itu, saya bagi sign untuk suruh orang yang teragak2 nak melintas untuk melintas dulu. Langkah yang lebih selamat. Namun begitu, agak pelik kerana dalam 3 orang yang nak melintas kereta saya tadi. Hari melintas jalan sedunia ke apa?


Memelikkan:

Saya sangat suka pemandu yang berhemah di jalan raya. Contoh, bila kita bagi laluan, dia bagi isyarat terima kasih seperti angkat tangan, bagi lampu tinggi, hon atau senyum. Tapi senyum ni jarang digunakan sebab kereta sekarang, senyum lebar sampai cuping telinga pun, belum tentu orang nampak sebab cermin tinted.

Tadi, saya bagi laluan untuk motosikal lalu sebab lorong sangat sempit. Cermin depan kereta yang saya pandu tadi tidak digelapkan. Jadi, nak senyum boleh dikatakan relevan lah. Orang tu pula bawa motosikal. Jadi pandangan dia tak ada lah dihalang oleh cermin tinted kenderaan dia. Bila saya senyum, dia kenyit mata kiri dia dan senyum. Erk.. Dalam skima pemandu berhemah saya, memang tak ada orang kenyit mata! Kalau kenyit mata dua belah, mungkin tu tabiat sesetengah individu. Tapi, ni sebelah je. Terkesima sebentar. Dan fikir, eh. Betul ke mamat ni. Tengok gaya macam umur lebih dari 40 tahun. Pelik betul. Saya tak ada nak perasan pun. Perasan buat apa sebab orang tu umur lagi tua dari uncle saya. Cuma sangat pelik dan terkedu. Lawak pun ada juga kot.

Maka, pengajarannya adalah:

1) Kalau ada orang berada di tengah2 jalan, dan dia nak melintas atau teragak2 nak melintas, bagi signal kat mereka untuk suruh dia lintas dulu.
2) Angkat tangan, hon atau lampu tinggi adalah cara sesuai untuk mengucapkan terima kasih.

Selamat Menjadi Pemandu Berhemah!

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...