Monday, December 6, 2010

Life is to Explore


Perasan tak banyak ilmu yang kita belajar ada unsur arab. Contoh, algorithma dan algebra. Al-al ni biasanya dalam bahasa arab. Dan sememangnya pakar-pakar ilmu terunggul ramai dari timur tengah seperti Al-Khawarizmi, Ar-Razi, Al-Zahrawi dan ramai lagi.

Contoh, dalam buku yang ditulis oleh Al-Zahrawi, beliau ada menjelaskan prosedur pembedahan mata, iaitu pembedahan untuk masalah katarak. Melalui penjelasan itu, boleh dilihat beliau memang mempunyai gambaran mengenai anatomi manusia. Walhal, ketika itu teknologi tak secanggih sekarang.

Kita lihat nombor-nombor ni. Yang dalam tulisan arab lebih kurang dengan yang rumi. Cuba anda tulis nombor 2 dan 3 dalam tulisan arab. Kemudian, pusingkan 90 darjah, lawan arah jam (anticlockwise).

Apa yang anda dapati? Selamat mencuba.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...