Sunday, December 5, 2010

Keunikkan Sabun


Dulu sabun mandi sangat senang nak jumpa dalam bilik air. Tapi sekarang, ramai guna shower gel, shower cream, body shampoo, body scrub, dan macam2 lagi. Masa kecil2 dulu suka main sabun dengan sepupu2. Kalau kat rumah nenek tu, senang je sabun nak jadi kecil. Aishh

Sabun bila letak dalam air, ye tenggelam. Sebab sabun lebih mampat dari air. Macammana nak buat supaya sabun terapung? Fikir2.

Ada microwave? Letak sabun dalam microwave dan panaskan. Kemudian, letak sabun tu dalam air. Eh, terapung!!

Ni sebab air yang dalam sabun tu akan tersejat dan wujud banyak liang2 udara pada sabun itu setelah ia dipanaskan. Sebab tu la ia boleh terapung.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...