Monday, December 13, 2010

Cerekarama Awal Persekolahan

Masa darjah 1, saya satu sekolah dengan sepupu saya; Kak Ngah di SK Gong Badak. Saya selalu rehat dengan Kak Ngah. Suatu hari, kami nak rehat di padang sekolah. Tempat kami nak rehat tu, ada pula seorang lelaki ni cakap tu tempat dia.

Dulu saya ada satu botol percuma dari Sunquick. Ada straw dan ada lubang untuk tiup. Kalau kita tiup tudung botol ni, air terpancut kat straw dia yang flexible. Saya cakap kat lelaki tu yang saya nak duduk kat situ juga. Entah macamana, saya pun cakap saya cuah air dalam botol ni kat dia, baru tahu! Dia pula keras hati, tak nak mengalah macam saya. Dia cakap, buat lah. Tapi, kalau kena adik dia, siap lah. Ugutan dia saya tak layan dengan egois nya.

Sekali buat, terkena mata adik dia. Agaknya la kena mata sebab adik ni terus lari nangis pergi mengadu kat mak dia. Mak dia pula cikgu sekolah tu. Kalau zaman-zaman sekolah rendah ni, anak cikgu ni dikira sebagai bangsawan lah lebih kurang. Tak boleh buat main-main. Saya ni orang kebanyakkan je.

Bila tengok orang nangis, takut la pula. Egois tadi entah hilang ke mana. Saya pun terus pergi kelas, ambil beg, konon-konon berlagak berani nak lari dari sekolah. Entah pape-pape je. Tiba di luar sekolah, ada pakcik bawa motor ni pegang saya. Dia jadi hero nak selamatkan budak ni dari lari dari sekolah. Konon-konon initial plan adalah nak pergi tempat kerja ayah lah ni. Sebab tempat kerja ayah dekat je. Tapi sebenarnya, tak sedar diri tempat kerja ayah tu punya la luas. Sebab pakcik ni pegang saya, jeritlah saya "Nak pergi kat abah! Nak pergi kat abah". Sungguh memalukan!

Setelah dipujuk, (macam kes nak bunuh diri) saya pun masuk dalam kelas. Lepas dari ni, saya tak ingat apa yang berlaku. Tetapi, tadi Kak Ngah saya cerita kat saya yang Guru Besar bawa saya ke setiap kelas. Guru Besar bawa rotan dan dia nak saya tunjuk siapa yang buli saya. Tak sangka kes tragis sampai terbabit dengan Guru Besar. Sungguh memalukan!

Apa yang jadi lepas tu, saya dan Kak Ngah tak ingat. Rasanya saya tak tunjuk siapa-siapa pun yang buli saya sebab hakikatnya saya tak dibuli pun. Lelaki tu je nak cari fasal dengan saya. Saya pula berlagak egois konon berani tetapi hakikat penakut dan sangat cry-baby.

Kenapa saya menulis pos ini, saya nak minta maaf kepada mangsa yang terkena air saya tu. Nama nya Siti Nurhafeezah. Kalau kes ni, dianggap sebagai tindakan saya membuli orang, saya rasa buli saya pada dia, tak beri kesan mental atau emosi pada dia. Sebab, dia jadi kawan baik siap satu group masa kita orang sama kelas bila darjah 2. Tapi hati dia memang suci sebab boleh kawan dengan orang yang pernah buat dia nangis.

Walaubagaimanapun, salah tetap salah. Saya minta maaf buat awak nangis. Walaupun saya rasa awak tak patut nangis sebab tu air masak je. Tapi mungkin awak terkejut kot sebab tak pernah ada orang buat macam tu kat awak. Maafkan saya, ya..

Tindakan saya tak berkait dengan ajaran ibu bapa saya. Rasa semua mak ayah ajar benda baik. Cuma kadang-kadang jadi sengal skit. Tapi, semua ni menjadi kenangan yang takkan ku lupa sampai bila-bila kecuali ada berlakunya memory loss.



8 comments:

Anonymous said...

kesian...

Nadhirah Ahmad said...

anonymous: kesian kat siapa ni

izan said...

hahaha kelakar2.

Nadhirah Ahmad said...

izan: mu ganas gni dop dlu... ha3

izan said...

lebih kurang ah.. haha
spesen.

Nadhirah Ahmad said...

mu buli nde. ha .... ha3.

Anonymous said...

kesian kat dua2 la....kalu tgk skli..kesian jgk kat akak Siti NurHafeezah tu..tp klu pikir2..kesian lagi kat kak Nadhirah..coz..xsgja pun nk buat kat beliau..berat kpla dok pikiaq..


-budak TESL-

Nadhirah Ahmad said...

bdk tesl: hahah. tp kiteorg ok j pas tu. kjdian tu msa kecik xreti mikir lg.

tq 4 vsiting my blog

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...