Saturday, December 4, 2010

Jangan Nilai Pada Individu


Ada yang bertanya pada saya. AVAIL ni menipu ke? Terkejut juga sebab pertama kali dengar. Okay. Saya tak suka jawapan panjang2 walaupun dalam exam memang saya tulis panjang2. Nak sedapkan hati bila buku jawapan penuh dengan tulisan.

Produk AVAIL semua halal dan harga menepati hukum syarak. Sebelum mengeluarkan sesuatu produk, beberapa ujian dijalankan bagi memastikan produk adalah berkualiti dalam semua aspek. Cara pemasaran juga mengikut syariat yang digariskan oleh Islam.

Kalau ada yang menipu, adalah individu itu tersendiri. Bukan perniagaan itu yang menipu. Walaubagaimanapun, terdapat perniagaan yang tidak mengikut hukum syarak. Jadi, kena lah ambil tahu muamalat dalam Islam. Sememangnya Islam itu agama yang lengkap untuk manusia.

Sama juga dengan agama Islam itu sendiri. Kita tak boleh nilai Islam dengan tengok individu iaitu penganutnya. Contoh, kalau tengok di negara Arab, biasanya tandas kotor. Bukan saya nak burukkan negara-negara Arab ini. Tapi, saya hanya menulis berdasarkan pengalaman saya. Deria hidung dan mata menanggung derita. Sedangkan Islam mengajar penganutnya mementingkan kebersihan. Tapi tak semua penganutnya pentingkan kebersihan. Kerana penganut Islam tak semestinya amal apa yang agama syariatkan. Sebab ada penganut kerana nama, keturunan dan ada juga yang memang betul2 hayati nilai-nilai Islam.

Oleh itu, kita tak boleh menilaikan sesuatu melalui individu.


2 comments:

AVAILIAN sejati said...

Berani kerana benar takut kerana salah, teruskan usaha untuk mendapat kecemerlangan di dalam avail, dan teruskan usaha sebarkan AVAIL BEAUTY,semoga DM nadhirah mendapat kecermerlangan amin

Nadhirah Ahmad said...

nad to Availian sejati:

amien. trima ksh krn melawat blog saya. boleh saya tahu siapa ni?

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...