Saturday, December 18, 2010

Hantu atau Manusia?

11.22 pm. Ting tong ting tong ting tong. Bunyi loceng kedengaran beberapa kali. Semua sudah tidur, kecuali saya dan Ariel. Ariel adalah sepupu saya yang berumur 9 tahun. Terkejut dan zassss sesuatu benda hinggap di fikiran. Hantu ke? Aiseh... Umur 21 tapi boleh fikir hantu sebagai hipotesis pertama. Sebelum cerita lebih lanjut, saya jelaskan situasi di sini adalah Saya, Ariel, Toky dan Bibik berada di sebuah rumah tanpa kehadiran ibu-bapa.

Intai kat bawah dari tingkap bilik atas. Lampu berkelipan merah biru merah biru. Herkk. Polis! Fikiran cetek bila tengok polis, mesti fikir adakah jenayah sedang berlaku? Tapi nasib baik ni Malaysia. Kalau India, mesti fikir Polis yang pembuat jenayah.

Tapi, bibik kata polis Malaysia ada yang jahat, gedik kacau perempuan. Setahu saya, tak pernah terserempak dengan polis negatif begitu. Security guard yang bersifat negatif pernah jumpa. Bila dengar bibik cakap macam tu, saya jebeh tanda tak setuju dan Ariel cakap yang polis Indon je negatif2 ni. Bibik ni berdegil nak kekalkan dengan hujah dia yang polis Malaysia ada yang negatif. Pendapat anda?


Turun bawah dengan Ariel. Bila buka pintu, e eh. Tak ada dah polis. Sekali lagi zasss, hantu ke? Aiseh... Naik atas, jantung berdegup kencang tapi sebagai orang yang lebih matang dari budak 9 tahun muka buat-buat berani. Ariel senyap sesenyapnya. Diam seribu bahasa.

2.00 am. Panggilan dari Uncle. Polis telefon dia tadi, tanya dia kenapa tak tutup gate. Oh.. Kesimpulan: Memang polis, bukan hantu. Mod lega tak terkata sebab dah tahu kenapa polis berding dong tadi. Tiada apa yang berlaku. Alhamdulillah, selamat.

Oh, ye. Jom jadi polis. Dapat drive kereta best seperti di atas dengan hadlaju lebih dari 110kmph.


2 comments:

hamzi said...

tp polis sekarang bukan semua tp sesetengah atau kebanyakannye byk mintak rasuah..bukan makan rasuah,bukan dirasuah,tp mintak rasuah...

asal kene tahan sket,dk paka seatbelt la,lampu sgnal dok nyala la terus tahan..da betul la tu tahan,tp mintak plak duit..10 hengget takmboh.nok RM50,RM30..katenye nok bagi ramai2..hampeh tol..nok saman tu saman je arh.dok soh mitok2 pitis gitu.haram duit tu..anok bini mkn duit haram hati koho gelap.pahtu ade la hok jadi mat rempit,cikgu ajo kat skoloh susoh nok masuk blajo dan mcm2 masalah lain..

*stiap daging lahir dari duit haram api neraka la jawabnya..

*syabas kepada polis2 yang berintegriti dan amanah menjalankan tugas..

*member2 pun ramai yg jadi polis,tp idup je dok amik rasuah..tq..=)

Nadhirah Ahmad said...

hamzi: mksd sy hop ngtif o, ad ke polis kacau prmpuan.

sal rsuah mmg ad. tp xseme op. keje nape2 ad j pluang nk amik rsuah. ats diri kita nak tolak ke trima.

wah.. kwn awk ad jd polis. bijop ngt kwn dh bkrjya

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...