Sunday, December 12, 2010

Golden Rule 2

Post yang lepas, saya cerita saya kena buli dan membuli orang. Saya juga pernah rasa di diskriminasi. Sedih hati Allah je tahu macammana pahitnya bila orang lain treat kita differently. Aku tahu kulit aku gelap tak macam orang lain, agama pun lain. Tapi masih ada orang yang respect kepercayaan aku yang berbeza ni.

Orang yang respect aku seperti Mrs Galbraith, Mrs Grierson dll. Mrs Galbraith ni bagi je aku nak pakai macamana pun untuk swimming class sebab dia tahu keperluan aku nak tutup aurat. Tapi ada juga yang jelas tak suka orang Islam, siap kentut depan muka aku. Memang geram we.... Yang kata-kata kesat tu ada juga. Tapi lebih banyak indirect action yang menyebabkan gangguan emosi, mental. Namun, saya belum gila.

Bila terasa macammana perasaan bila didiskriminasi, baru nak insaf. Sekarang, cuba elak buat macam tu walaupun kadang2 wujud perasaan nak diskriminasi orang minoriti atau yang lain dari yang lain. Mungkin faktor persekitaran jadi wujud perasaan macam tu. Contoh, dulu aku takut pada orang India mungkin sebab Kalimuthu dan Pathmanabhan. Tetapi, bila bergaul dengan orang India, tak semua India macam orang yang dimention tadi. Ramai je yang baik-baik.

Untuk makluman, Kalimuthu tu penjenayah yang dah mati. Dia tu bahaya sebab dia boleh bunuh je siapa-siapa pun. Orang marah dia kencing kat tepi kedai, dia siap boleh selamba tembak. Orang jual roti canai marah dia tak bayar makanan, Kalimuthu ni pun boleh tembak dengan tiada perasaan macam main Virtue Cop. Pathmanabhan tu yang kes Sosilawati. Semua rakyat Malaysia tahu rasanya, jadi tak perlu jelaskan.

Golden rule adalah treat others like you want to be treated. Ada pendapat, golden rule ni ada kaitan dengan Christianity. Tapi, bagi saya, golden rule melambangkan ia adalah main rule. Kat sekolah dulu, golden rule ni memang diutamakan di Royston Primary School. Kalau siapa2 yang treat people differently in a negative way, siap lah kau!

Malaysia ni penuh dengan manusia yang pelbagai kaum. Orang cakap kita aman, tapi wujud je fenomena 'not treating others like the way you want to be treated'. Saya rasa tak patut la kita buat macam tu. Manusia semua ada perasaan. Baby 9 bulan pun tau nak rasa sedih kalau kita buat macam tak sayang dia.

Tapi ramai juga di Malaysia ni, bila agama Islam, nak orang agama lian respect. Tapi dia tak nak respect agama lain. Contoh, makan sekali dengan orang India yang beragama Hindu di sesebuah restoran. Lepas tu, sedap plak kau menikmati dengan muka-muka sekali express lazatnya sate daging lembu. Cuba faham lah perasaan orang lain.

Bila anda di diskriminasi, anda sendiri perlu stand up kalau anda rasa benda tu salah. Manusia sekarang ni dah ramai yang sensitif pasal human rights. Jangan kita tunggu orang bertindak untuk kita, kita yang kena bertindak dulu.

Ni video kat US. Sangat bagus dan proud gila pada 2 perempuan yang stand up for the Muslim woman tu. Memang super cool lah American women ni.



p/s: Taylor swift masa zaman sekolah kena buli, tapi sekarang jadi millionaire. Kenapa aku tak millionaire? Hu3

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...