Saturday, December 11, 2010

Golden Rule 1


Dulu, darjah satu saya pernah buli orang. Cuah air masak kat orang sampai baju dia basah. Nama mangsa, Amelia. Tapi, masa darjah dua saya sekelas dengan dia, dan berkawan rapat sebab satu kumpulan. Suci dan bersihnya jiwa kanak-kanak. Walaupun saya tak pernah minta maaf kat dia, tapi dia boleh buat sardin dan berkawan dengan saya dengan normal. Cuba kalau benda yang sama berlaku pada remaja 21 tahun. Mesti ingat, tersemat kemas dalam hati sampai jadi nenek. Lagi teruk, kes harta ke apa ke, dendam kesumat tu sampai 7 keturunan. Aish..


Life is a cycle. Masa saya di UK, saya pernah kena buli (rasakan!). Sampai nangis, sebab sakit hati (baru tahu dibuli menghasilkan perasaan sakit hati). Tapi bila fikir balik, benda kecil je. Ada budak mat salleh yang sekelas dengan saya ni, dia ni tinggi dan besar. Jauh beza degan saya yang kadar pertumbuhan tak beberapa pesat. Masa tu, ada puppet show. Memandangkan paling senior, duduk belakang sekali. Masa tu, ada bangku kat belakang kita orang (duduk atas lantai je). Minah tinggi ni marah saya sebab buat bangku ni bergerak ke belakang. Dia berleter kat saya, marah saya sandar kuat sangat padahal saya tak sandar pun. Dalam banyak2 orang yang sebarisan dengan saya, yang suka bersandar pada bangku tu, dia marah kat kat saya (mentang2 saya paling kecil). Bila nak balik dari show, saya nangis dan Miss White (French teacher) kendalikan kes kami. Kesudahannya, budak tu kena marah dan pelajar balik lambat sebab kena tunggu kes selesai. Kalau kat Malaysia, cikgu layan ke kes macam ni?

Kalau nak ikutkan, saya kena buli tak teruk sangat. Ada orang Sudan, satu sekolah dengan saya. Pernah budak2 matsalleh ni cakap kat dia guna nasty words. Mungkin sebab kulit dia gelap, dan di Glasgow ni, orang kulit gelap jarang sangat nak jumpa. Tak seperti US. Oleh itu, matsalleh ni ada yang skeptikal terhadap orang yang kulit gelap.

Bersambung...

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...