Friday, December 24, 2010

Evolusi Otak Manusia

Keputusan PMR dah keluar. Tahniah kepada semua yang dapat straight A's. Saudara-mara dan kenalan-kenalan semua dapat straight A's. Kalau yang ambil 8 subjek, 8A dan 9 subjek, 9A. Sampai rasa bersepah-sepah yang dapat keputusan cemerlang ni. Berbeza dengan zaman saya dulu. Kat universiti pun sama. Bersepah-sepah orang ambil degree. Manusia semakin bijak?


Dengan kemudahan yang sedia ada sekarang, pelajar boleh meningkatkan kemahiran dan IQ mereka. Kaedah-kaedah pun makin banyak dicipta berdasarkan pengalaman bagi memudahkan peljar memahami apa yang dipelajari. Aish. Nanti cucu tanya nenek dia ni dapat berapa A utk PMR. Malu nak bagi tahu nenek diaorang ni tak reti-reti nak dapat A untuk Bahasa Arab. Tekanan!

2020: PhD seperti Master, Degree dah seperti Diploma. Dan straight A's seratus orang satu sekolah tu normal. Soalan UPSR macam PMR. Soalan PMR susah macam SPM pun tak halang manusia dapat straight A's.

Entah kenapa UniSZa pun nak ikut PMR. Keluarkan result hari ini. Alhamdulillah keputusan ok. Tapi masih terkena badi PMR dulu. Mesti ada satu subjek kecundang. Satu subjek desperate nak perhatian lebih, jadi dia pamerkan diri dia sebagai B+ di slip keputusan. Susah betul deal dengan benda desperate ni.

Bagi saya dapat keputusan ok ni nikmatnya bila kita dapat lihat orang yang kita sayang gembira. Contoh, semalam balik rumah Grandad. Baru jejak kaki masuk pintu, atok suruh letak beg yang saya sedang pegang tu, tak nyempat2 nak ucap tahniah. Happy sangat dia. Seorang lagi cucu dia pula dapat 9A. Walaupun diri ni rasa cam tak layak nak dapat ucapan tahniah sebab bukan dapat 4 flat pun, tapi bila orang gembira sebab kita, kepuasan tu memang ada.

Terima kasih tak terhingga kepada para pensyarah atas ilmu yang diberikan. Kepada kawan-kawan, terima kasih kerana sudi bekerjasama dan tolong saya menyiapkan segala tugasan yang dipertanggungjawabkan. Sama-sama kita struggle lagi untuk sem depan!

Ha. Tetiba orang yang tak pernah ambil tahu hal saya, sms saya tanya result. (Pelik+Musykil). Tapi, zassssssss.. Layan!


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...