Friday, December 10, 2010

Cara Menjaga Baju Sutera


Ada beberapa orang tanya saya kenapa saya pakai baju kurung sutera, tak nampak berkedut. Saya pun tak pasti kenapa kedut saya tak jelas kelihatan. Walaubagaimanapun, saya nak berkongsi beberapa cara nak memelihara baju sutera. Sutera di sini adalah sutera yang Malaysia punya seperti dalam gambar. Bukan sutera Korea, sutera Vietnam, sutera China dan sebagainya. Realitinya, saya bukan seorang professional. Belajar melalui pengalaman sahaja.

Saya nak sentuh dari segi aspek cara membasuh sutera. Yang saya maksudkan di sini adalah sutera yang bukan dry-cleaning. Basuh dengan tangan jika mahu menjaga kualiti kain anda. Dulu pernah masuk mesin padahal dah guna setting baby wash~45 minit, tapi kesannya baju tak nampak shining lagi/ pudar. Menyesal pun tak guna dah.

Cara membasuh sutera ialah guna pencuci seperti shower gel. Kemudian guna tangan nak hilangkan kotoran pada tempat-tempat yang mudah kotor/busuk seperti pada lengan, pinggang, leher, kaki kain. Jangan berus Jangan rendam sebab nanti mudah turun warna. Bila sudah guna tangan untuk hilangkan kotoran tu, terus bilas dengan air bersih.


Kalau ada mesin yang buka kat depan, spin sahaja dengan mesin itu. Spin sahaja! Spin berkesan sebab mengelakkan kain dari turun warna bila sidai. Namun begitu, jika mesin yang buka di atas, spin boleh rosakkan baju kerana mesin muka atas ni, cara berpusing tu agak brutal.

Jangan perah sampai berputar dan berpusing kain tu. Cara senang, letak baju pada ampaian, tangan genggam kain yang bahagian atas dan perah sedikit-sedikit sampai la ke bahagian bawah kain. Tangan kita yang bergerak untuk perah, bukan kain yang bergerak!

Semasa basuh, jangan sesekali guna softlan, sebab kain sutera lagi cepat pudar dan makin rapuh. Adik Mia Sara cakap terima kasih dalam iklan Softlan sebab buat tuala bau macam mama. Tapi, baju bau macam mama sebab softlan tak penting kalau ada yang kena marah oleh mama sebab rosakkan baju.

Semasa sidai, jangan sidai betul2 90 darjah bawah sinaran matahari. Pastikan pakaian anda diterbalikkan. Inside-out. Atau dalam erti kata lain, yang dalam tu dijadikan bahagian luar. Sinaran matahari yang terlalu panas, bukan sahaja ada UV, tetapi boleh menjejaskan warna kain. Kalau ampain bawah garaj ke, okay lah tu.

Semasa gosok, seterika yang stim mudahkan kerja anda. Kalau tiada seterika stim, seterika biasa pun xpe. Lembab-lembabkan sedikit baju dan gosok.

Semasa tempah baju, buat 3 piping di pesak baju kurung itu, sekiranya ia adalah baju kurung. Baju sutera anda akan lebih tahan jika dijahit begini. Walaubagaimanapun, masa duduk jangan biarkan baju anda tegang. Angkat sedikit bahagian bawah baju sebelum duduk untuk elak baju tegang. Contoh baju 3 piping pada pesak boleh dilihat dalam gambar.


Untuk mudahkan kerja bila menggosok kain, semasa tempah, pesan kepad tukang jahit supaya jahit pada susun kain. Hampir semua baju kurung saya jahit macam ni sebab nak senang gosok dan boleh buat lasak sedikit.


Sebenarnya, jaga baju/kain sutera Malaysia ni tak susah kalau ada caranya. Selesa dan tahan lama jika pandai jaga. Kalau semua nak campak dalam mesin dan tak nak alami masalah baju rosak, beli kain yang tahan sedikit seperti kapas. Dan budak perempuan yang umur 1-2 tahun pakai baju kurung kapas sangat cute!

p/s: penjagaan sebegini sesuai untuk semua baju yang sensitif


2 comments:

Salhana Arshad said...

saye nak copy petua nie boleh tak??? nak letak dalam blog saye... saye banyak jual kain sutera dan saye nak berkongsi tips ini dgn customers saye... http://ana-adni-collection.blogspot.com
boleh ke??? saye akan bagi tahu saye dapat tips ini dari mane....

Nadhirah Ahmad said...

Salhana: no prob. Boleh je.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...