Wednesday, December 1, 2010

Bulan Slim Bulan Tembam

Pernah tengok bulan tak? Bulan sangat comel bila betul2 bulat. Mula2 tengok nampak macam besar dan montelnya. Bila dah naik tinggi kat langit, e eh. Kecil la pula. Kenapa? Maher Zain penat dah suruh kita buka mata. Open you eyes -Track 13 Album Thank You Allah~ (Free Promo). Memang dah buka dah mata, cuma kadang kala kita kurang hayati dan berfikir tentang apa yang kita lihat.

Sebab pantulan ke? Ke sebab ketinggian. Tadi bulan macam dekat dengan atap. Ni tinggi melangit pula. Berkait dengan ketinggian ke?

Okay, kita lihat dulu dua bulat yang kat tengah tu. Bulat di tengah2 sebelah kanan dan kiri sebenarnya sama saiz je. Tapi mata kita berilusi dan keliru. Bulat tengah2 di sebelah kiri nampak lebih besar sebab dia dikelingi bulat-bulat kecil (objek kecil). Bulat tengah2 sebelah kanan pula dikelingi objek/bulat2 besar. Jadi nampak macam bulat tengah (sebelah kanan) tu kecil je. Rendah diri lah katekan.

Bila bulan tu nampak besar, sebenarnya, masa tu sekelilingnya ialah objek2 bumi seperti pokok, atap rumah. Objek2 seperti atap dan pokok ni lebih kecil jika berbanding dengan saiz bulan. Tu yang menyerlah kita nampak saiz bulan besar tu. Masa ni ketinggian/jarak bulan pada bumi sama je. Tak ada dekat dan jauh. Maintain dalam orbit masing2 sampai kiamat. Cuma sebab bumi berputar, bulan berputar, ia mengakibatkan seperti kita tengok bulan tu rendah je.

Bila bulan berada tinggi di langit disebabkan putaran2 tadi bulan nampak kecil. Langit tu kan luas dan besar. Jika dibandingkan dengan saiz bulan, kecil nya si bulan ni. Tu yang nampak macam bulan ni mengecil. Mati2 ingat bulan pergi London Weight Management. Rupanya mata kita halisunasi.

Maka, saya menyatakan di sini bulan tak membesar atau mengecil. Saiz sebegitu rupa dari dulu sampai sekarang. Ketinggian pun kekal sama. Putaran pun sama. Pantulan pun tak berkait dengan mata kita nampak bulan besar/kecil. Pantulan berkait dengan fenomena lain. Yang berkait adalah ILUSI OPTIK.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...