Wednesday, December 1, 2010

Batok Lepas di Tangga


Dalam post yang lepas pasal Aircrash 747-611, pengajarannya adalah jangan buat kerja seperti batok lepas di tangga. Batok? Batok kokol? Batok berdarah?

Dulu mati2 ingat batok kat situ adalah perbuatan orang yang sakit tekak atau sihat yang kemudiannya batok kat tangga. Tapi sebenarnya bukan batok sakit tu. Batuk ke batok? Masalah ejaan betul la bahasa Melayu ni.

Batok yang dimaksudkan adalah yang dalam gambar tu ha. Macam gayung la. Saya panggil nyebok je. Maklumlah, orang kampung. Zaman dahulu kala, nak masuk rumah, orang basuh kaki dulu. Dekat tangga memang menjadi suatu norma untuk ada satu tempayan sekali dengan batok. Yela kan. Takkan nak celup je kaki dalam tempayan tu. Dulu2 kan jalan tanah merah lagi. Belum berkenalan dengan tar. Bila tanah merah, mudah la kaki nak kotor. Tu yang sebelum naik kena basuh dulu.

Sekarang jarang dah orang ada tempayan ni. Kalau ada pun, tak lama lepas tu, jawabnya tak ada lah. Kena amaran dari bahagian kesihatan sebab menyediakan penginapan kebajikan untuk nyamuk. Balik kepada tadi, bila orang basuh kaki, kadang2 orang main lempar je batok ni. Menunjukkan buat kerja sambil lewa lah. Kalau rajin, mesti letak elok2. Takpun, cuba bakal mak mertua ada kat depan pintu, mesti lah bakal menantu tu sopan je letak batok tu kat tempayan. Tak ada makna nya dia nak baling macam tu je.

Jadi anda dah tahu asal usul peribahasa ni, tak perlu pening2 nak fikir apa kaitan orang sakit tekak dengan tangga lagi.

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...