Friday, December 10, 2010

Bahasa Kian Nazak

Dulu saya tak kisah apa nak jadi pada bahasa kita. Tapi, bila sudah makin tua, baru tahu dan sedar diri tentang nilai bahasa. Sekarang, tengok media, makin rosak bahasa. Maksud saya di sini televisyen. Internet tu tak kisah lah sebab internet tiada kuasa mutlak.

Kenapa saya titik berat penggunaan bahasa dalam TV? Sebab saya ni belajar banyak dari TV. Contoh, tonton Playhouse Disney untuk pendedahan pada Bahasa Inggeris. Tengok ejaan dan dengar sebutan yang betul melalui televisyen.

Baru ni saya tengok perkataan 'selebriti' dalam rancangan ilmu. Apa salahnya guna perkataan artis. Dah elok diterima pakai oleh semua lapisan rakyat perkataan 'artis' untuk 'celebrity'.

Dady tanya saya baru ni ada suatu perkataan ketika siaran berita. Kan masa berita, ada tulisan kecil yang bergerak kat bahagian bawah, kan. Inkuiri untuk inquiry. Wujud ke inkuiri? Contoh lain, bajet untuk budget. Sedangkan berpuluh-puluh tahun dah guna belanjawan. Serius kalau saya budak sekolah rendah sekarang, mesti keliru! Sebab masa darjah 1 dulu, pernah telefon sepupu sebab tak tahu ejaan klinik sebab pernah tengok pada papan tanda, ejaan kelinik. Maklumlah, darjah 1 tak kenal kamus lagi.

Apalah nasib bahasa Melayu. Segala perkataan nak cedok dari Bahasa Inggeris. Nanti ada lah dalam buku teks Bahasa Melayu darjah dua, 'ai laik Malaysia' bukannya saya suka Malaysia. Lepas tu, nanti dah jadi nenek, aku cakap kat cucu-cucu aku, "Malaysia Boleh!" Cucu aku pun perbetulkan, "Malaysia ken (can) lah, boleh zaman dulu2 je guna". Perghh...

5 comments:

Anonymous said...

alamak kak..xder ke perkataan bajet?

Nadhirah Ahmad said...

bajet tu perkataan baru. mula diguna pd bajet tahun 2005/6. kalau tak silap. dulu2 guna blnjawan.

tp remaja skrg guna bajet untuk describe character. hu3

hamzi said...

bajet tu menteri punya kerjalah tu...

Nadhirah Ahmad said...

hmzi: tu r.. rosok gtu j bhsa.

Anonymous said...

sekarang boleh tonton kartun playhouse disney versi bahasa melayu di astro mahupun tv2. rasanya disney pun prihatin pasal masalah bahasa di malaysia ni.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...