Tuesday, December 7, 2010

Aircrash Helios 737-522

Sebelum kapal terbang take-off biasanya cabin crew akan buat demostrasi keselamatan. Salah satunya adalah bila topeng yang ada oksigen tu keluar dari ruang yang atas kepala kita, kita kena cepat-cepat pakai. Biasanya topeng tu keluar sebab tekanan dan tak cukup oksigen. Tapi, oksigen yang disediakan hanya boleh bertahan selama 12 minit!

Penerbangan dari Athens ke Greece sepatutnya dalam 1 jam lebih. Helios 737-522. Boieng 737 ni macam kapal terbang MAS domestik je. Yang selalu guna KL-TRG dan TRG-KL.

Seramai 115 penumpang tak termasuk crew. 30 minit selepas take off, lampu amaran take off configuration nyala. Tak lama lepas tu lampu amaran master caution menyala pula. Lampu take off configuration ni sepatutnya nyala masa berlepas je. Pilot contact engineer. Dalam cabin pula, topeng oksigen dah keluar dari ruang atas, dan pilot tak sedar yang dalam cabin kurang oksigen.


Engineer suruh cek suis2 termasuk suis Pressurization System (sistem tekanan). Tapi pilot biar je soalan tu sebab pilot lebih fokus pada nak cooling kan kapal terbang ni sebab dia ingat enjin panas. Tak lama selepas itu, semua orang dalam 522 pengsan.

Kapal terbang 737-522 berlegar2 selama 2 jam di ruang udara Greece. Pihak keselamatan agak 522 ni kena hijack. Jadi 2 jet dari Greek Air Force diarahkan untuk pergi tengok 522 ni. Pemandu jet ni pelik tengok penumpang tak ada reaksi bila jet terbang kat tepi 522. Kemudian dia pergi bahagian pilot, dia nampak ada orang masuk ke cockpit. Orang tu beri isyarat yang dia nak landing. Masa tu dah hampir 3 jam 522 berada di udara. Orang itu adalah flight attendant-Andreas.


Andreas ni cuba nak kendalikan kapal terbang. Tapi kapal terbang habis minyak. Maka terhempas. Semua penumpang dan crew terkorban. Semua pengsan (nadi masih ok) kecuali Andreas ketika di ruangan udara oleh kerana hypoxia tetapi sebab kapal terbang tu terbakar, jadi tak ada yang sempat nak selamatkan diri.

Andreas ni ada latar belakang military. Jadi ni membantu dia maintain bernafas. Dan dalam kapal terbang ada tong oksigen. Investigators dapati Andreas ada gunakan tong ni.

Sebelum kapal terbang berlepas, engineer kena cek kapal terbang tu. Masa cek, butang Pressurization System diletakkan pada mod Manual untuk membolehkan dia cek bahagian tertentu. Lepas itu, dia terlupa nak tukar balik kepada Auto.

Sebab itu, bila kapal terbang makin naik, tekanan makin berbeza, dan oksigen pun jadi kurang. Hanya kerana suis ini! Pilot pula salah tafsir dan tak perasan yang butang Pressure tak berada pada mod Auto.

Mengapa begitu lambat Andreas mengambil masa untuk ke cockpit? Tak siapa yang tahu. Mungkin kekurangan oksigen menggangu kewarasan dia berfikir dan bertindak yang menyebabkan dia lambat bertindak. Dan mungkin dia lambat menyedari yang pilot sudah pengsan.

Hanya satu butang, menyebabkan ketidakstabillan tekanan dalam 727-522 yang mengakibatkan semua pengsan, dan kapal terbang terhempas kerana kehabisan minyak.

Takdir terhempas. Ajal maut di 'tangan' tuhan. Saya pergi dapur, terkejut tengok cicak pun boleh mati. Kalau nak ikutkan, amaran dah mencukupi untuk 522 patah balik.


1 comments:

izan said...

lagi satu sbb die.
Qada' dan Qadar telah ditetapkan untuk org2 yg naik kapal terbang ni.

Kuasa Allah melebihi dari segala sesuatu.

bila Allah kate "kun fayaku" jadi,maka jadilah.
dek kerana suis yg kecil tu meragut nyawa 115++ org dengan izin Allah.

wallahu'alam..

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...