Wednesday, December 8, 2010

Airbag Boleh Membinasakan


Sekarang ni banyak kereta yang menyediakan airbag sebagai salah satu aspek keselamatan. Airbag ni macam belon yang boleh keluar dari stering, tepi pintu, belakang seat depan dan mana2 lagi yang sesuai.

Bagi saya, airbag ni membantu selamatkan muka bila kemalangan. Contoh, Dady dulu pernah kemalangan. Kereta jatuh gaung sebab jalan tak ada penghadang besi lagi. Walaupun dia pakai tali pinggang keledar, tapi semasa jatuh gaung yang agak curam dan dalam, dia pengsan, jadi muka bertempuk tampar dengan si stering. Menyebabkan muka seriously fractured.

Satu lagi contoh, Uncle saya kemalangan awal2 tahun ni. Kereta dia terbalik 3 kali. Kalau tengok keadaan kereta yang total-loss itu, ingatkan penumpang cedera parah. Tapi, cedera ringan sahaja. Bahagian depan sahaja ada 4 airbag. Tu yang Uncle tak terhantuk atau terngadah.

Alhamdulillah Allah masih panjangkan umur Dady dan Uncle dan semoga umur mereka diberkati. Sebab ada yang tak kemalangan pun boleh meninggal dunia.

Tetapi ada satu kes, kemalangan sangat tragis kerana mabuk. Sampai tak ada yang betul2 ada pada tempat duduk bila kemalangan berlaku. Contoh, dia duduk depan, tapi kasut kat belakang. Ada yang tercampak. Hanya seorang je yang selamat. Polis nak selidik apa yang berlaku. Bila tengok pada airbag, ada kesan air liur. Ujian DNA mengesahkan itu adalah airliur orang yang terselamat tu. Airbag tu dah selamatkan dia dari kecederaan yang lebih teruk walaupun dia cedera parah sebab tercampak. Kerana keputusan ujian DNA itu yang diambil dari airbag, dia didakwa kerana memandu dalam keadaan mabuk dan mengakibatkan kematian. Dahla hilang kawan-kawan, cedera, kena dakwa pula. Islam mengharamkan arak ada hikmahnya.

Sesungguhnya airbag lebih banyak memberi kesan baik dari buruk. Maka, belilah kereta yang ada airbag. Walaupun ajal maut Allah yang tetapkan, kita kena ada usaha. Baru tawakal. Jadi tak boleh lah pergi lintas jalan yang sibuk penuh dengan kereta laju sebab malas naik jejantas dengan hujah ajal maut di tangan Allah. Kalau guna jejantas, lepas tu tiba2 ada jet terbabas menyebabkan anda maut, tu baru boleh guna hujah tu.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...