Monday, November 29, 2010

Tanggungjawab Kian Menggunung


Masa sekolah rendah, rasa duit RM10 macam banyak nye. Sekolah menengah RM 50 rasa kaya dah. Sekarang tengok RM100, em. Boleh habiskan macam tu sahaja. Mungkin dulu skop kerja sedikit dan sekarang membeli barang-barang dapur adalah biasa. Isi minyak kereta pun dah RM50 seminggu. Kadang kala bila memikul tanggungjawab, kita lebih pandai menilai. Bukan tanggungjawab menguruskan kewangan sahaja. Apabila perlu menjaga seorang bayi selama 24 jam. Baru terdetik besarnya pengorbanan ibu. Tak kira lagi kalau si anak sedang sakit. Sekejap meragam sekejap menangis. Namun, nilai kasih sayang seorang ibu menyebabkan beliau tidak pernah jemu memujuk anaknya.

Bila menempuh alam perkerjaan nanti, lagi banyak tanggungjawab yang akan dipikul. Tapi sebenarnya, apakah kerjaya saya nanti? Bila ditanya, jawapan skima yang diberi adalah pensyarah. Walhal minat tak ada lah sangat bila melihat cara Dady bekerja. Business? 9/10 rezeki itu datangnya dari berniaga. Dan saya percaya mengamalkan salah satu sunnah rasullah itu membuatkan rezeki kami sekeluarga lebih murah. Disamping kesibukan perniagaan, tanggungjawab sebagai khalifah juga ada. Nilai Islam diselitkan dalam elemen2 perniagaan lebih2 lagi bila perniagaan membabitkan golongan yang latar belakang berbeza. Mudah2an pendekatan kita membuatkan golongan bukan Islam lebih tertarik dengan Islam. Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong agamaNya dan Islam itu adalah agama sesuai dengan fitrah manusia!


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...