Monday, November 29, 2010

Tajuk dan Title


Seringkali terfikir kenapa selalu letak tajuk di hadapan nama. Tajuk di sini adalah yang biasanya disebut 'title' dan contoh2 tajuk adalah Dato', Dr, Ir, Hj dan banyak2 lagi.

Kalau di Brunei, macam satu budaya sebut Haji/Hajah jika dah pernah buat haji. Tapi kat Malaysia, tak sampai jadi budaya lagi rasanya. Masih sesuatu yang bebas dan bergantung pada individu.

Contoh mudah, kad kahwin. Memandangkan banyak kenduri kahwin cuti Aidil Adha baru2 ini. Bagi saya, Dato' adalah diterima untuk dimuatkan dalam kad kahwin sebab Dato' ni satu pangkat yang umum. Kalau pangkat sebab kerjaya seperti Prof, Ir, atau Dr? Perlu ke letak? Bukannya kad kahwin tu berkait dengan kerjaya pun.


Cukuplah kot tulis Dr dalam surat2 atau dimana2 yang berkait dengan kerja atau dimana2 perlu untuk menunjukkan dia adalah seorang professional. Kadangkala ada situasi yang perlu kita tonjolkan kita bertajuk dan seorang professional. Seperti dalam perniagaan, tajuk2 ni ada kala penting untuk meyakinkan orang ramai. Macam penulis buku. Kalau tak letak, mungkin pembeli kurang. Dan mungkin peminat personaliti/ seseorang itu tak kenal siapa. Contoh. Buku Konflik Spek Selalu Hilang oleh Fadzillah Kamsah. Hati jadi ragu2. eh, betul ke Fadzillah penulis buku ni sama dengan Fadzillah yang dalam TV. Kalau kat depan tu, dah siap2 tulis 'oleh Dato' Dr Fadzillah Kamsah'. Tak payah penat2 fikir atau ragu2.

Tapi, rasa-rasa macam perlu ke letak kat Facebook, I am Prof Dr Dot bin Dot atau Ir Dotah binti Dot atau Dr Dottani bin Dottuna? Ada kala perlu kalau dia public figure.

Tapi bergantung pada individu lah kot. Sebab saya ni tak berapa suka dengan tajuk2 sebelum nama ni. Pernah terserempak dengan sesuatu fenomena.

Makcik A: Oh, ni Dottah bin Dot kan.
Makcik B: Ye, Datin Dottah bin Dot.

Eyeww.. Susah juga ada title2 ni. Kalau jadi MC majlis lagi susah. Yang berbahagia, yang berhormat. Tersilap nanti malu plak. Jadi kena belajarlah kalau tak nak malu. Kan... English je la senang. Semua VIP adalah honourable guests. Lagi senang ladies and gentleman. Menyeluruh!

Tapi kan ada seorang Dr Dot bin Dot. Dia doktor falsafah. Dia tak suka letak Dr kalau naik kapal terbang. Katanya nanti ada kecemasan orang nak bersalin ke apa ke dalam kapal terbang, paramugari panggil dia ke, tak fasal2 naya. Betul juga. Tapi kalau tahu siapa Dr perubatan dalam sesebuah kapal terbang juga membantu bila kecemasan berlaku.

Kadangkala bukan tuan punya yang letak. Contoh, PA mesti letak title bos yang penuh bila tolong belikan tiket kapal terbang kepada bos dia. Kalau saya jadi PA, saya pun letak. Kot2 bos jenis xsporting, tak fasal2 kena pecat.

Pernah terserempak sesuatu nama di sekolah menengah dulu. Adiknya seringkali tulis tajuk sebelum nama ayahnya. Si kakak tak tulis. E eh. Adik beradik ke tidak ni. Balik sekolah tengok kereta yang sama diaorang naik. Sah adik beradik.. Aishh...

Lawak sangat tengok kalau sampai letak 3 titles dalam kertas undangan aqiqah. Mungkin bukan dia yang taip kot. Hu3. Tapi ada ke situasi cam ni? Entah. Memang ya. Eh, mungkin tiada.

Kepada diriku dan anda, bijaklah guna title2 itu. Mana patut letak, letak. Bila rasa relevan dan ada keperluan atau objektif tersendiri, gunakan title itu dengan sebaik2nya. Bila kita rasa benda tu okay je, suka hati orangla nak cakap apa. Tapi ada kala kena fikir pandangan orang.

Ada yang kata, sementara hidup di dunia ni lah nak guna tajuk sepuas-puasnya. Nanti masuk kubur, masa talqin dah tak guna dah. Mode clueless.

p/s: lambatnya nak dapat cucu. "Ehem.... I'm Datin Nadhirah. Ok?" Hahaha

2 comments:

New Interesting Manuscripts said...

"Ada yang kata, sementara hidup di dunia ni lah nak guna tajuk sepuas-puasnya. Nanti masuk kubur, masa talqin dah tak guna dah. Mode clueless."

suka yang ni...
tpi kan ada je yang berpendapat bahwa...lau yg pdt dr tu... letih usaha dan duit dalam mendapat kan title tu...dah tu kena lah panggil...

aku pun terbayang jugk lau aku jdi Dr, nadhirah... mesti kelakar kan...hahah...Dr Akmal... tetapi aku dgr skang ni..ada je yang beli title Dr tu...tu lgi bongok...org lain susah wat thesis..mcm tu jugk..mcm datuk and seangkatan denganya...bukn apa..kengkadang...Datuk dan seangkatan dngnya ni.da xde apa2 da..pada aku lah...bub ramai sgt yg dpt title tu....x mcm british punya...brapa org je yng dr Sir...kan?... susah nk dpt..melainkan individu tu berbuat sesuatu yang memang memberikan manfaat kpd seluruh rakyat... tpi lau kat malaysia...muahhaha..bukn nk kata lah...Aku syg Malaysia..bub tu aku cakp ni... skang ni...mcm lau sape2 ada duit....erm...x lama dpt datuk lah... lgi satu...Haji n Hajah skang ni pun jdi trend da nadhirah kat Malaysia ni...lau balik je dri Mekah (selepas mengerjakan haji lah...lau yg melawat tu..erm..xde lah) terus chop title Haji or Hajah..hebat kan org kita...title perlu ada untk dptkan respect...nk pulak lau yg bertitle tu pakai kereta besar or lebih sket dri org lain...fuh!!!..lgi lah direspect...muahha (hanya sekadar pandangan)...

Nadhirah said...

akmal: u cn achieve if u really want it. akmal to earn a phd is nothing impsbble. dady sy pun bkn org genius masa sklh dlu. biasa2 j.

em. entah la. bg sy, beli ke pncpaian sdri ats org tu. kita tak rugi papepun. tp ad title saje, watpe kan. baik jd low prfile. wt jnyah pun org xtahu. he3

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...