Monday, November 8, 2010

See The Leg


Kelmarin, pergi ke Bukit Jelutong. Bermain dengan sepupu kat luar tapi masih dalam kawasan rumah. Pagi, main pingpong. Kali pertama pasang meja pimpong, net meja pingpong dan pegang bat pingpong. cuma main dengan budak darjah 3, jadi tak la mencabar sangat. Main untuk suka2 je.

Pada sebelah petang. Main bola. pokok dijadikan tiang gol. Jauh gol 1 dan 2 tak sampai 4 meter. Siapa dapat gol 10 kali dulu kira menang. 9-7.. Kemudian, Nadhirah menggunakan sepenuh tenaga untuk gol ke sepuluh. Dushh!! Tersepak simen konkrit yang penutup lubang. Kebas. Yang pasti saya menang. Ha... Lepas tu duduk je. Sambung main game IQ la jawabnya. Bila masuk rumah, tengok ada darah nyamuk. La.. Kaki luka rupanya. Tak perasan pun. Lepas maghrib drive pergi shopping complex untuk melunaskan niat yang macam dah nak beku dah. iaitu beli handphone. Lagi murah la dari kat Terengganu. Beza dalam RM100 juga. Terima kasih kepada diri sendiri, dady dan aunty kerana menyumbang dana untuk handphone baru saya. Balik rumah, main sling shot. First time tengok sling shot yang ada lampu. Lawa sesangat bila lastik tinggi-tinggi. Idea simple. Tapi menarik untuk dikomersialkan. Cuma semalam sekejap je main sebab hujan.

Pada waktu malam. Pukul 2 pagi, terkejut dari tidur. Fuh... Sakit gila kaki. Bengkak. Buruknya tengok kaki gemuk sebelah. Memang tak boleh jalan. Ambil panadol yang untuk muscle and joint. Mumy sapu minyak panas. Balut dengan AVAIL pantiliner. Akhirnya dapat juga tidur. Tak la saya naik flight guna kerusi roda.

Sampai flight pukul 8.55pm tadi. Terus pergi ke tempat urut. Tapi orang ni buat tak sakit. Sendi 3 tempat beralih dari tempat asal. Dia suruh datang 3 hari lagi untuk betulkan urat. Dia cakap kat mumy yang saya tersepak batu ni kuat. Saya bagitahu mumy yang sepak sebab nak gol. Mumy cakap, sepak untuk gol? Memang la sepenuh hati... Huhu..

Sebenarnya sebelum main, sepupu saya nak bagi alas kaki yang tertutup di depan. tapi saya malas nak menyusahkan dia. Pakai slipper je. Tengok2 jadi macam ni. Dia pun berleter, tula.. Ariel dah nak bagi kak yah kasut yang tutup kat depan. Tapi kak yah tak nak.. Em. Ok Ariel. Next time, I will dear.

Moral: Guna kasut sukan untuk bermain sebagai langkah berjaga2.

1 comments:

Anonymous said...

Luka? carik minyak ramuan rahsia...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...