Tuesday, November 30, 2010

Hiburkan Hati

Saya taip untuk hiburkan hati saya. Saya rasa lebih lega kalau saya taip di blog daripada luah kat kawan sebab kadang2 orang boleh bosan dengan masalah kita. Masing2 ada masalah masing2. Kalau nak bagi tahu berita gembira memang ramai nak dengar. Cuba bagi berita, akad nikah saya esok. 5 minit je dah ada orang forward message tu. Kalau berita tentang masalah, orang malas nak dengar sebab orang tak nak tambahkan beban, malas nak fikir nasihat, malas nak pujuk.

Ada orang cakap guna diary. Susah la guna diary. Sebab takut merapu, maklumla bila diary, rasa macam secure. Bila terlepas diary pada tangan orang lain, gelabah. Oleh itu, blog adalah medan sesuai. Nak tulis over2 tak leh juga sebab takut ada orang baca. Walaupun pembaca tak sampai 5 orang kot. Mumy Dady memang sah2 tak baca blog saya. Tengok follower blog sepupu saya. 80 lebih.. Blog budak sekolah menengah follower nak sampai 100 dah. Mantap2. Blog ni, dah berapa kurun dah didaftar, tapi follower ciput. Tak kisahlah. Objektif asal, tulis untuk ketenangan dan kebahagiaan diri. Kebahagiaan boleh dicapai banyak cara kan.

Salah satu cara saya membahagiakan diri juga adalah explore. Explore barang2 elektronik, baiki paip air ke (kadang2 jadi Jerry baiki pumpkin). Ni lepas exam serius nak cari alternatif untuk tukar air dalam kolam ikan. Kesian tengok pak sepupu Nemo iaitu Nemi yang dalam kolam. Air hijau pekat. Sory erk.. Nemi doakan akak cepat2 habis exam. Nanti akak belikan kawan2 baru dan makanan, ye.



Buat ekperimen pun bes untuk hiburkan hati. Kalau radio anda tak ada bateri... Dahlah hari itu anda puasa. Handphone 3310 mana ada radio. Jadi kena la cari jalan hidupkan radio itu. Nak pergi beli bateri tak larat dah. Kat dapur, ada apa? Ban coklat? Ubi kayu? Okey. Ambil wayar macam dalam makmal tu, cucuk pada ubi kayu. Maka berfungsilah radio anda. Mengapa? Dalam bateri ada elektrolit. Ubi kayu ada elektrolit. Jadi ia boleh mengalirkan arus elektrik. Patutlah zaman Jepun dulu, Jepun beria2 sangat suruh Melayu tanam ubi. Tapi Melayu hanya pandai makan ubi. Tak tahu nak guna ubi sebagai sumber tenaga. Aish.....


5 comments:

Iffah said...

Lol..nice to read this again.

Nadhirah Ahmad said...

tq kak iffah

syibiehoney said...

keep on writing.im always read ur writing.writing to share.=)

New Interesting Manuscripts said...

owh..malam tu nadhirah pergi beli ubi kayu lah ye??...wat exprimen ye....

nadhirah said...

tq 4 reading syibrah!

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...