Friday, November 5, 2010

Dunia Pengacaraan



Menjadi pengerusi majlis bukan sesuatu yang senang. Sebab kesalahan atau kesilapan yang berlaku dalam majlis tu, biasa ditunding kepada si pengerusi. Contoh, AJK yang sepatutnya ready tapi tak ready, orang akan kutuk si pengerusi itu.

Macam kejadian tahun lepas. Di mana pihak penganjur yang mengarahkan tidak perlu menyebut nama pelajar. Audiens pula terang2 hentam saya sebab tak sebut nama pelajar. Sebut salah. Tak sebut salah. Mulut orang nak tutup memang tak boleh. Terpaksa pekakkan telinga.

Saya amat mengagumi Dato Mahadzir Lokman. Suara beliau sangat bes dan kemahiran bahasa beliau pun baik. Ada kala saya menonton sesuatu program bukan untuk mengetahui isi program itu, tetapi mahu mendengar beliau bercakap Bahasa Inggeris dan Sepanyol. As a native speaker.

Saya baca artikel2 mengenai pengacaraan. Saya tak pasti suara saya sesuai ke tak. Saya tak tahu suara saya sengau atau tidak. Saya tak tahu tahap saya dalam pengacaraan sebab tiada yang mengkritik secara professional. Hanya komen yang subjektif dan umum.

Esok saya akan menjadi MC untuk Ihtifal TLCP. Mereka perlukan pengacara yang boleh mengacara dalam Bahasa Inggeris. Saya cuba mencari video2 yang berkaitan. Tapi tak jumpa pula. Argh... Apakah yang akan ku tempuhi esok....

3 comments:

New Interesting Manuscripts said...

nadhirah..memng lah susah jadi pengacara..bub semua kena sedua and ke sensitif...susah tpi i rasa....u can do it...believe in urself...

Nadhirah Ahmad said...

askmal: tp bila bce artkel dia ada mention sal suara. rasa cam suara sy xssuai j

syibiehoney said...

besh ape..ingat lagi sura kak yah mase darjah satu..serak2 basah..sexy..hehe gurau2...

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...