Saturday, November 27, 2010

Cinta Tiada Sempadan


Semalam saya dan Dady tonton Discovery Channel. Banduan di US boleh berhubung dengan orang luar melalui telefon, email atau surat. Bahkan ada yang menjalinkan percintaan dengan orang luar walaupun berada dalam penjara. Bagi pihak penjara, banduan perlu berinteraksi dengan orang luar bagi memudahkan mereka menyesuaikan diri seketika keluar nanti. Namun begitu, banduan yang dihukum mati juga diberi ruang untuk berhubung dengan orang luar.

Si perempuan berada di Australia dan si lelaki merupakan banduan di US. Mereka berkenalan setelah si lelaki dijatuhkan hukuman penjara. Hukuman mereka ni ada yang sampai 30-45 tahun. Perempuan ni berkata dia menyukai lelaki ini kerana ketelusannya dan menyifatkan teman lelakinya sebagai romantik. 2-3 hari sekali pasti ada surat yang dikirimkan disertai puisi-puisi indah. Ada juga tatkala dia pulang dari bekerja, telefon rumah dipenuhi mesej dari teman lelakinya. Dady menyifatkan perempuan ini hanya mahukan perhatian. Saya pula menyatakan memanglah si lelaki boleh menjadi romantik kerana tiada komitmen lain di dalam penjara. Nak tulis puisi hari2 pun boleh.

Sejauh mana ketelusan dan keihklasan hubungan cinta sebegini saya tak pasti. Tapi, bagi saya peribadi seseorang di dalam penjara berkemungkinan besar berubah setelah dia keluar. Mungkin saya berpandangan skeptikal kepada lelaki kerana mengatakan banduan ni hanya sekadar mengisi masa mereka dengan menjalinkan percintaan sebegini. Maklumlah, tak ada kerja lain nak buat. Pendapat saya ni pun mungkin dipengaruhi dengan kes seorang lelaki dipenjarakan kerana membunuh ibu bapanya. Beliau menjalinkan hubungan percintaan dengan gadis di luar sana. Setelah beberapa ketika bila dia keluar dari penjara, dia membunuh isteri dan anaknya.

Tahap keselamatan dan kebebasan banduan mengakses internet, itu saya tak pasti. Boleh ke mereka add kita di Facebook? Atau boleh ke mereka menulis blog? Menonton video Youtube? Dan satu lagi saya tak pasti, adakah lebih baik bagi banduan dapat berhubung dengan orang luar jika dibandingkan dengan tidak berhubung?

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...