Tuesday, November 30, 2010

Aircrash China Airlines 747-611

Boeing 747 yang dua tingkat ni sangat besar dan tembam boleh memuatkan lebih dari 100 penumpang. Dalam penerbangan 747-611, seramai 225 orang penumpang termasuk anak-anak dan papa-papa kapal terbang dari Taiwan ke Hongkong pada tahun 2002. Dalam 1 jam lebih je perjalanan. Lebih dekat dari KLIA-Sabah.

Kapal terbang akan berada pada ketinggian 35000 kaki kecuali kapal terbang macam Firefly di mana ia hanya berada pada ketinggian 18000 kaki. Bila flight ni lebih kurang dalam 30,000 kaki dan semestinya lampu sila pasangkan tali pinggang keledar sudah dipadamkan kerana flight diklasifikasikan sebagai sudah stabil.
Tiba-tiba, flight 747-611 ini berkecai di lautan biru berhampiran Pulau Penghu (bukan silap eja penyu. mmg ejaan macam tu). Tiada yang selamat.

Kemungkinan bom atau misil tersasar pada 611 kerana ada latihan tentera pada hari itu. Tapi pihak tentera ni tak ngaku cakap bukan salah diaorang. Ingatkan sebab tangki minyak terbakar sebab cuaca hari itu panas. Tapi kalau flight yang meletup, mayat2 penumpang pasti ada kesan melecur. Ni tak ada.

Pada 20 tahun sebelum kejadian iaitu 1980 (tua dah kau ye wahai mendiang kapal terbang). Kapal terbang ni baru umur 6 bulan, dia hadapi accident. Masa landing, ekor dia tergesel pada landasan. Nasib baik tak terbakar. Muda2 kecil2 dah accident. Kalau baby, baru je belajar nak makan masa umur 6 bulan.

Bila accident, mesti kena repair kan. Calar sangat teruk pada ekor 611. Mekanik ni sepatutnya menghilangkan kesan calar tu dulu, baru tampal dengan doubler plate. Doubler plate ni macam kepingan nak tutup tempat yang rosak. Lebih kurang sallotape. Tapi dibuat dari besi. Mengikur prosedur, doubler plate mesti lebih besar dari tempat yang nak ditampal. Tapi kalau rosak serius, kena buang terus bahagian rosak tu. Baru tampal dengan doubler plate.

Alangkah malangnya, China Airlines dapat mekanik pemalas kot. Tak tahu la kot2 masa tu bini mekanik ni nak bersalin jadi dia buat kerja cincai je. Dia tak buang pun bahagian yang rosak tu. Kesan calar tu pun dia tak wat pape. Main biar je. Lepas tu tampal je doubler plat. Ingat baju ke nak main tampal2 je?! Doubler plat tu plak muat2 je nak tutup bahagian calar tu. Sepatutnya ukuran lebih besar kan.

611 ni menderita la dalam diam. Nak cakap dia cedera serius, dia tak ada mulut. Orang pun tak tahu dia cedera serius sebab dalam buku maintainance dia, mekanik tulis pembaikian telah dilakukan mengikur prosedur Boeing. Tipu e? Sepandai2 tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Tapi nasi jadi bubur dah. 225 orang mati macam tu je.

20 tahun selepas 611 cedera, kecederaan makin serius. Retak dan karat wujud. Tu pun tahu bila lepas keberkecaian, siasatan dijalankan. Didapati wujud kesan warna koko pada bahagian ekor. Warna koko ni adalah nikotin. Penumpang dibenarkan merokok dalam flight dan No Smoking hanya berkuat kuasa 7 tahun sebelum kejadian. Warna koko tu mengesahkan ada retak pada ekor 611. Sebab nikotin dalam kapal terbang. Bila nampak di bahagian luar kapal terbang kesan nikotin tu, sahlah wujud kebocoran. Maknanya kapal terbang ni dah cedera teruk sebelum 7 tahun yang lalu. Bila cedera teruk sangat, berkecai. Tanpa sebarang amaran.

Salahnya? Sebab mekanik tak ikut prosedur. Buat kerja macam lepas batok di tangga. Apa yang kita buat, mungkin kesan bukan sekarang. Tapi kesannya pada 20-50 tahun akan datang. Jadi buat pape, ikutlah prosedur dan buat dengan hati2. Kecuaian dan kesilapan kita mungkin akan menyebabkan orang lain terkena kesannya. Kalau rasa malas tu, syaitan lah tu hasut nak suruh kita bunuh orang dengan cara buat kerja sesedap hati.


0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...