Thursday, October 28, 2010

Yeay, CUTI!




Selamat bercuti kepada mahasiswa UNiSZA. Kepada Bachelor of English Semester 5 (BEN 5) terutamanya! Sejak dari minggu ke 12, yang sangat mencabar hinggalah minggu ke 14. Akhirnya kita berjaya tempuh juga. Alhamdulillah.

Okay. Sekarang cuti 3 minggu. UNiSZA infakkan 3 minggu untuk pelajar2 study. Kita guna untuk study tak? Tapi yang pasti, kepada sesiapa yang dah mula study malam ni, saya salute. Dalam kelas saya, ada seorang je kot yang tahap tu. Sebab kerja dia tak baca buku akademik, baca buku ilmiah. Setiap minggu berbuku-buku dibeli. UNiSZA Book Garden teman setia. Saya? Buku dalam 4 buah tak habis2 lagi baca. Yang dibeli cuti semester lepas, tapi nampak gaya seperti forward buku tu ke cuti semester ni. Tak habis2 nak carry forward.

Kepada BEN 5, sila jangan buat kerja last2 minit sangat. Kesian tengok bersengkam mata di waktu orang lain sibuk dibuai mimpi. Tapi bagus jugak kalau bersengkam mata buat assignment dan didahului dengan solat sunat. Kot2 kesannya buat assignment rasa cam buat air Teh Cap Batang Paip je. Ramai yang pada awal semester, habis tekad nak buat kerja awal2. Tapi takpe, niat baik dah ada. Ha3

Sibuk betul dengan berlatih Gamelan sejak kebelakangan ni. Mula2 rasa macam bingit giler telinga dengan bunyi ni. Aish.. Kutuk alat muzik istana nampak. Terkena tulah baru tahu. Setelah beberapa hari berlatih dengan tekun, dapat la saya bermain alat2 iaitu slantum, sarong, kenong dan gong. Untuk persembahan Sabtu ni, saya akan mainkan sarong untuk lagu Timang Burung. Untuk lagu Topeng saya mainkan Gong Sukun dan Gong Agung. Tapi ada orang kutuk saya main gong sebab tak padan dengan saiz tuannya. Pasrah... Tapi bila dah pandai main, bes juga Gamelan ni. Tak perlu bergantung pada not sangat sebab melodi dah tahu. Dan boleh cam ni bunyi not mana tu not mana. Tapi, saya still rasa electric guitar sangat hensem walaupun tak pernah sentuh atau main.



Yang depan kiri bentuk macam periuk tu adalah bonang. Di depan kanan anda ni, yang macam trek kereta api tanah melayu tu, namanya slenthum. Yang sebelah slenthum, yang kecil tu, nama nya sarong. Kakak sarong ada yang kembar tu. Yang kembar tu sarong juga namanya.

Yang macam xylophone ni pula, namanya gambang kayu. Mencabar nak main sebab guna dua tangan. Nampak je senang.


Guru kokurikulum kami menawarkan latihan seni tari untuk Gamelan. Dia cakap peluang ni susah nak dapat. Dan menari Gamelan ni sopan. Tunduk je dan tangan pun takda la angkat2 nampak ketiak. Kiranya bukan la macam yang menari dalam lagu Jahat-Stacy. Ada yang berminat nak join. Terasa juga nak cuba. If we dont try we never know. Kan. Macam Gamelan la. Dulu memang rasa otak bengap je main benda ni. Tak reti2. Orang ketuk not lain, saya ketuk not lain. Macam menari la. Jari keras semacam je. Mana la tahu, berlatih punya berlatih nanti boleh jadi pelapis Linda Jasmine. Satu lagi kot2, dapat suami yang haramkan televisyen dalam rumah dan hanya minat seni tari untuk hiburan. Menari depan suami tak salah, harap maklum. Tapi kalau join, nanti, takut ada je yang protes bila Nadhirah masuk seni tari. Tak kira la apa nama tari. Asalkan ada nama tari, mindset joget, memang ada yang buat banner untuk menentang. Siapa? Ha...



0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...