Saturday, October 30, 2010

Ibu, Bayi dan Susu


Orang sering cakap susu ibu baik dan rasanya ramai orang tahu kebaikan susu ibu. Artikel tentang kebaikan susu ibu kepada anak dalam majalah, surat khabar, tv, website. Kebaikan2 susu ibu adalah: elak bayi kembung perut, sudah disteril, bagus untuk imunisasi badan bayi dan bla bla bla. Typical sangat kalau tulis macam ni. Artikel2 semuanya tekankan kepada kebaikan untuk bayi. Untuk mengetahui kebaikan susu ibu dalam aspek kepentingan kepada bayi, sila klik



Saya nak kongsi beberapa kebaikan untuk ibu jika menyusukan bayi anda.

1) Kuruskan badan. Cakap sal perempuan, kalau orang cakap dia gemuk, mula la nak psyco. Dan biasanya bila mengandung bakal2 ibu ni tak minat mana nak bergambar. Maklumlah, semua tempat ada lemak. Tapi dah memang fitrah orang mengandung mesti tembam kan. Jadi bila dah bersalin, mesti nak kurus balik. Salah satu cara untuk kuruskan badan tanpa kos beribu2 ringgit adalah dengan menyusukan bayi anda. Bila badan anda kurus, secara tak langsung, keyakinan akan meningkat.


2) Alasan untuk makan banyak. Ibu yang menyusukan bayi, perlu tambahan kalori 300-500 lebih banyak berbanding dengan ibu yang tidak menyusukan bayi. Oleh itu, bagi jenis2 perempuan yang suka makan banyak tapi masih nak kurus, bolehlah gigih menyusukan anak anda secukupnya.

3) Masa bermesra dengan anak. Nikmati saat menyusukan bayi anda kerana itu adalah saat anda membina hubungan mesra dengan bayi anda. Hanya ibu yang menyusukan anaknya sahaja nikmat saat ini. Dan seorang ibu yang normal memang dahagakan mother-baby bonding. Patutlah bayi dah boleh kenal ibunya seawal 5 bulan. Kepada ayah2 di luar sana, bjangan jeles bila bayi anda sayang mak dia je.

4) Pahala free2 je Allah bagi. Allah itu Maha Pemurah. Memang jelas bayi dan ibunya dapat faedah bila diberi susu ibu. Pahala pula berganda2.

5) Jimat kos. Susu formula mahal juga sekarang ni.

6) Tahan lama. Tak perlu nak testing susu basi ke tak lagi atau nak dengar orang tanya, "Susu yang bila ni?". Susu ibu tahan lama walaupun diperah ke dalam botol. Nak tahan lebih lama, letak dalam peti. Tapi bila nak bagi kat anak tu, rendam bagi suam susu dalam botol tu.

Ada seorang ibu yang pernah mengadu pada saya, susu nya kurang. Sebab tu dia bagi anaknya susu formula. Allah dah cipta badan manusia ni sebaik2nya. Dalam badan ni, ada hormon seperti prolaktin (untuk hasilkan susu) dan oksitosin (untuk mengeluarkan susu dari payudara). Selain itu, ada bahan lain yang penting iaitu Feedback Inhibitor of Lactation (FIL). FIL ni yang beri maklumbalah kepada proses penghasilan susu.

Jika anda kurang menyusukan bayi anda, FIL yang berkumpul dalam payudara tinggi, memberi petunjuk supaya susu kurang dihasilkan. Tetapi, jika susu sentiasa keluar dan kerap diperah, FIL berkurang. Apabila FIL kurang, badan anda akan menghasilkan lebih banyak susu.

Mula2 menyusu memang kuantiti sedikit. Baru nak belajar katakan.. Jadi perlulah memberi ransangan dengan lebih kerap menyusukan bayi anda agar penghasilan susu stabil.

"Sihat atau tidak anak itu adalah bergantung sama ada anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan" - Imam Shafie

Akhir kata, susukan bayi anda!

0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...