Friday, October 8, 2010

Futsal Tournament 2010


Hari ni Jumaat ad Tournament Futsal Interfaculty. Fakulti Bahasa dan Komunikasi (FBK) hantar dua group. Mula main pukul 8am. 8 am je terus dapat call dari Kak Liya selaku Manager pasukan futsal. Ni kali kedua saya main futsal. Excited juga lah rase. Sebab hari tu dapat main, jadi penjaga gol je. Je? Penjaga gol peranan besar tau.

Ada team yang menang tanpa bertanding. 3 pasukan yang datang lambat tadi. Tu lah. Macammana Malaysia nak maju kalau mahasiswa tak berdisiplin. Ha... Perlawanan pertama FBK lawan FUHA. Menang. FBK lawan FPPP kalah. FBK lawan FRIT adalah seri. Maaf kerana saya tak berjaya menyelamat 2 gol. Dan memang kelemahan saya tak boleh baling jauh2. Daya pada tangan sangat kurang sebab kecederaan yang pernah dialami. Jadi janganlah marah saya sal tu. Kalau sepak, nak sepak kuat boleh..

Sekarang kaki saya sakit. Pada perlawanan ketiga, saya ganti Kak Jihan selaku striker. Baru je excited nak dapatkan bola sebab masa tu peluang besar nak gol. Ada saya dan defend team lawan je time tu. Peluang terbaik la! Lepas tu, arghhh.. Kaki defend ni menjatuhkan saya. Fuyo.. Sakit. Dahla court tu keras tak macam kat Gong Badak Sports Planet (promotion free2 je dia dapat kat cni). Patut dapat free kick tu...

Terasa diri menjadi artis bila diserbu. Ramai nya prihatin pada ku kerana bertanya ok tak Nadhirah.. Kawan tolong saya ke tepi. Memang serius sakit tak leh jalan. Kawan ada nak ambil minyak panas la first aid la. Saya cakap rilekksss. Sebab bukan injury patah ke pe sebab dah rasa camna tahap kesakitan bila patah. Belajar dari pengalaman.. Satu lagi nasib baik seluar tebal sebab pakai seluar casual. Kalau seluar trek, sah2 koyak!

Dahla sakit kaki kanan. Drive guna kaki kanan. Nasib baik la auto. Jadi sampai juga lah kat rumah dengan jayanya. Alhamdulillah. Pastu bagi tahu kat prsnl doctor saya. Dia advise letak ice je buat masa ni. Ye xde kat Mesia untuk cek, jadi terhad untuk consult. Saya pun sapu minyak panas (saya anak Melayu) dan letak ais. sampai la tertido. Sekarang? Still sakit. Tapi kurang la kesakitan itu. Tapi takda la boleh buat pocho2. What do u expect?

p/s: Team FBK satu lagi dapat mara ke pusingan seterusnya. Good luck!
: nak meanng futsal, sila guna Sunsilk (again, free promo)
: terima kasih kepada team saya kerana menyumbang tenaga


4 comments:

hanim yusra said...

siannye kak~
len kali hati2 au kak...
sakit2 tu pun janganambik ringan..
biasela tuh kalau dah beraksi kat padang memang excited sket...lupe diri..saya pun camtu gak..huhu
btw..tahniah to team akak yang dah sedaya upaya bermain,chayok!!

Nadhirah Ahmad said...

terima kasih hanim. jatuh itu adat permainan

Mohammad Lokman Hakim said...

waaa, bestnye die ade personal doctor.hehe...
btw tahniah atas participate anda dlm game.smga ia mnjdi pengalaman manis anda.jgn patah smgt u main lg lps ni.main je lg slgi xinjured truk2.huhu...

Nadhirah Ahmad said...

lokman: kalau injured truk, tkt xjmpa trus futsal pastu. haaaa

btw, tq

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...