Saturday, July 10, 2010

Pengalaman Jadi PM


PM itu tak semestinya Perdana Menteri kerana di UniSZA ia bermaksud Pembantu Mahasiswa. Saya telah terpilih untuk menjadi PM untuk kemasukan mahasiswa baru Julai 2010. Kali pertama saya menjadi PM.

Sebelum jadi PM, ada kursus di Bukit Keluang. Gambar kat atas tu, gambar jejaka2 yang saya tak tahu masih single atau tidak. Lol. Credit utk Aina kerana snap gambar ni dengan kamera mudah-alih dia. Bes jugak la kursus kat sini. Tapi, saya rasa pendedahan terhadap spesifikasi kerja unit2 ni perlu lebih skit supaya tugas tu lebih clear. Maklumla, saya ni budak baru belajar. Nak juga tahu detail tentang unit2 lain sebab ilmu sy skit.

Banyak saya dapat jadi PM. Pengalaman pahit dan manis. Dapat kenalan baru yang baik2. Sebelum ni jarang join program UniSZA. Setakat yang kelab, fakulti cam tu je. Apa yang saya pelajari adalah:
-tentang menguruskan sesuatu tugas
-semua kedudukan blok2 dan bangunan di UniSZA
-perangai manusia
-tentang lagu2 montaj
- peraturan2 univ
-tentang MPP
-dll

Kalau sebelum ni, tentang dewan ke protokol ke, urus makanan, memang tak tahu pape. Sekarang tahu la skit2. Kena marah pun ada walaupun bukan ketua unit saya marah. Marah secara tak langsung. Sekarang saya faham, orang boleh jadi emo dan mulut laser bila stres dengan kerja. Sebab tu penting sessi perkenalan antara PM dan MPP supaya kita dapat kenal masing2. Bila kita dah kenal, kita lebih fikir perasaan orang walaupun kita nak marah dan kita menjadi lebih memahami bila dimarahi. Contoh, rakan sekelas tenking awak sebab kerja. Awak mungkin terasa tapi tak lama sebab awak faham dia bukan macam tu sebenarnya dan dia jadi macam tu sebab stres je. Berlainan bila awak dimarahi oleh orang yang awak tahu nama je. Mesti terasa tu lebih, dan awak akan rasa orang ni jenis panas baran or pape la yang negatif. Pe lagi ye, ha! Apa2 jangan nak sedap komen2 sebab student ni hanya menurut perintah. Yang buat keputusan bukan student biasanya. Dan cuba bagi solusi, bukan sekadar komen je.

Masa hari penutup, ada sessi MPP, PM dengan student. Masa tu setiap unit, bagi ucapan. Sepatutnya ketua unit saya yang berucap. Tapi tak sedar plak masa tu dia tak ada. Orang suruh saya. Seriously, spontaneous. Saya tak keluar. Tu lah benda paling bodoh saya buat. Segan tak bertempat. Tapi sebenarnya saya tak segan. Cuma macam blur masa tu. sebab saya unit cenderahati jadi tak ada nak minta2 maaf macam unit makanan ke pe ke. Tak tahu la plak kalu perkenalkan dah cukup. Saya minta maaf kepada MPP dan PM kerana tindakan saya menjejaskan kredibiliti kita semua di hadapan mahasiswa baru. Lepas ni, saya tak akan tolak dah. Really learn my lesson!

Seminggu saya duk hostel. Hari pertama, dady suruh bawa kereta pergi UniSZA. Tapi saya tak nak. Jual mahal la kononnya. Masuk hari kedua, penat lah plak jalan jauh2. Sakit tumit. Jadi masa tengahari, balik ambil kereta. Nasib baik rumah dekat je. 5 minit dah sampai.

Part paling bes, ramai kawan baru. Maklumlah, saya ni duk rumah. Habis kelas, balik dan join dengan kawan2 makayah. Jadi PM, dapat kenal pelajar dari banyak fakulti. Dan ada yang comel2, macho2. Hehehe. Semua mmg baik. Caring seperti Dr. Isa (ehehe) dan sweet2. Oh.. satu lagi, saya suka pendekatan Pres MPP, En Rashid sebab dia macam cool je. Saya memang suka pendekatan cool daripada marah2 sebab nanti stres. Dady pun jenis cool.

Syabas kepada semua MPP (majlis perwakilan pelajar) dan PM kerana menjayakan Minggu 1 Siswa. Terima kasih kepada anda semua, masing2 memainkan peranan masing2. Kami tak besar dan kami tak kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah!



0 comments:

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...