Sunday, June 27, 2010

Hargailah Kawan

Saya ada kawan. Nama dia Mohd Shirazi Ibrahim. Saya dapat berita dia kemalangan masa hari Jumaat malam. Saya ke KL masa tu, dan baru balik pagi tadi. Semalam saya mimpi dia. Tapi saya tak cakap kat sapa2 pasal mimpi tu sebab saya tak nak mimpi saya jadi realiti. Ada orang kata, mimpi mainan tidur. Itu bukan persoalannya sekarang. Sebab Razi baru meninggal tadi. Dalam pukul 9.45 malam, Ahad.

Sedih tu pasti. Tapi keluarga dia lagi sedih. 24 tahun hidup dipinjamkan untuk hidup bersama, dan telah pun dikembalikan kepada Nya.

Dulu, saya rapat dgn dia. Tapi, bila dah sem 3-4 ni saya tak berhubung sangat dengan dia. Memang saya kurang ber sms dengan orang sekarang. Which explains why I always misplace my handphone (rarely use it). Masa sem 1, saya ingat dia tolong angkat beg saya sebab beg saya berat. Lepas tu dia pernah bagi kata2 semangat kat saya masa saya tak okay. Baikkan dia?

Pernah masa tu, saya habis kelas, tak ada kenderaan untuk saya balik masa tu. Dia pinjamkan kereta dia kat saudara saya dan saudara saya yang belajar kat UDM juga tu, tolong hantar saya.

Terima kasih menjadi kawan dan rakan sekelas yang baik dan kelakar. Masih terkenangkan speech dia tentang pengalaman dia di hospital.

Orang kata, bacaan yaasin/ al fatihah untuk arwah seperti hidangan untuknya. Al-fatihah untuk mu. Semoga Allah mengambil kira segala amal baik mu. Semoga Allah menempatkan rohmu dalam golongan yang beriman dengan rahmatNya. Semoga Allah mengampunkan salah silap mu. Allah itu maha Pengampun.


p/s: Kepada teman2 yang membaca blog saya, saya minta maaf jika saya tak hargai awak semua. Saya ucap terima kasih kepada anda semua. Tanpa kawan, hidup tak lengkap.


1 comments:

izan said...

alfatihah untuk razi. :(
kawan mmg sgt bernilai.

ada puisi bes untuk kawan aku terbaca
http://fathiyyah.blogspot.com/2010/06/kawan-baik.html
credit untuk org yg cipta puisi tu.

www.NadhirahAhmad.my

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...